Buletin

ARAB SAUDI BIKIN LEGO JENTERA F1 TERBESAR DUNIA. GUNA 500K BLOK LEGO

Arab Saudi melakar Guinness World Records dengan membikin Lego jentera F1 terbesar dunia dengan menggunakan 500,000 blok Lego sempena menjadi tuan rumah perlumbaan Grand Prix pada Disember depan.

Catatan terbaharu itu memadamkan rekod dipegang Ferrari yang membina jentera F1 daripada 350,000 blok Lego.

Persekutuan Automobil & Motosikal Saudi (SAMF) membina jentera itu dengan menggunakan khidmat sekumpulan pembina Lego profesional yang ditempatkan untuk pameran di Red Sea Mall, Jeddah.

Guinness World Records berada di lokasi pembinaan jentera berkenaan bagi mengesahkan lebih daripada 500,000 blok Lego telah digunakan dalam pembinaan model tersebut.

Blok terakhir kereta itu dipasang oleh Ketua SAMF, HRH Putera Khalid bin Sultan Al-Abdullah Al-Faisal pada 23 September yang juga merupakan Hari Kebangsaan Arab Saudi.

Kata Al-Abdullah, dia sangat gembira untuk mengumumkan Lego jentera F1 terbesar dunia yang siap dibina dan disahkan oleh Rekod Dunia Guinness.

“Projek menarik ini adalah untuk memberi kembali kepada masyarakat kita selain mencerminkan makna dan nilai sebenar kemajuan, inovasi dan tanggungjawab sosial yang melambangkan Arab Saudi moden,” ujarnya.

Arab Saudi akan menjadi tuan rumah kedua Grand Prix selepas Singapura. Ia akan berlangsung di Jeddah Street Circuit bermula pada 5 Disember 2021- carscoops/UPI

Google ads
Back to top button