PELAGAK NGERI MAUT KETIKA SESI LATIHAN NAK CIPTA REKOD DUNIA
Seorang pelagak ngeri, Alex Harvill maut ketika sesi latihan membuat lompatan sepanjang 107 meter untuk memecah rekod dunia.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Grant County, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.
Ketika sesi latihan tersebut, pelumba AMA Motorcross, Supercross dan Canadian MX itu tersasar dari mendarat mengakibatkan dia mengalami kecederaan.
Pihak EMT bergegas membawa Harvill ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami ketika insiden terbabit.
Harvill dijadualkan melakukan lompatan sejauh 107 meter pada hari pertama Moses Lake Airshow.
Sebelum ini, lelaki berusia 28 tahun itu memegang rekod Guinness World Record untuk lompatan dirt-to-dirt sepanjang 91 meter pada tahun 2013
Percubaan lompatan sepanjang 107 meter tersebut akan menyamai rekod dipegang Robbie Maddison yang dilakukan pada 2008. –rideapart