Buletin

HONDA EG CATAT REKOD DUNIA DENGAN CALTEX TECHRON DAKI GUNUNG DOI CHANG, THAILAND

Rakyat Malaysia kini boleh menggunakan bahan api yang berjaya mencatat Guiness World Records daripada Caltex.

Rekod ‘Fastest Ascent of Doi Chang Mountain Road by Car” itu melibatkan usaha mendaki gunung Doi Chang setinggi 1,000 meter di Chiang Mai, Thailand.

Menggunakan sebuah kereta berusia 28 tahun yang dikuasakan oleh petrol Caltex dengan Techro, rekod tersebut berjaya dicipta oleh pengacara televisyen, KC Montero dan pelumba kereta, Natasha Chang.   

Rekod itu membuktikan minyak Caltex mampu memberikan kuasa maksimum pada kenderaan lama. 

Disiarkan menerusi dua siri di saluran National Geographic, ia menyaksikan Natasha dan KC Montero bersaing mendaki gunung Doi Chang sepantas mungkin bagi mencatatkan rekod terbaik. Akhirnya, Natasha muncul juara dengan catatan masa 6:52.692.

Catatan masa itu merupakan rekod paling gila pernah dicatatkan di rantau Asia setakat ini. Rancangan yang ditaja oleh Caltex itu menggunakan petrol Caltex dengan Techron bersama teknologi pembersihan termaju yang menawarkan penghantaran kuasa maksimum.

Ini ialah petrol sama yang boleh digunakan oleh anda di semua stesen minyak Caltex.

Bahan aditif Techron membantu pembersihan aktif yang boleh menghapuskan deposit. Sekali gus memastikan bahagian penting enjin sentiasa dalam keadaan baik. Sementara gabungan Teknologi Clean & Glide berfungsi membantu mengurangkan geseran dan memaksimumkan kuasa.

Kini, Datuk Hans Isaac sebagai rakan selebriti Caltex Malaysia turut akan mencabar dirinya untuk pergi lebih jauh lagi bersama Caltex dengan Techron. Hans bakal melakukan cabaran satu tangki minyak penuh bersama rakannya Man mendaki laluan Cameron Highland, Pahang menggunakan Proton Saga buatan tahun 1985.

Sama-sama kita nantikan keputusannya kelak.  

Google ads
Back to top button