Buletin

CLAUSTRO PHOBIA MINI TERENDAH DI DUNIA. SMURF BARU SELESA KOT PANDU MINI NI

Pemilik nama Andy Saunders mungkin asing tetapi lelaki ini sangat terkenal di negara asalnya, Britain. Apatah lagi apabila pernah memahat nama dalam Guiness Book of World Records.

Pada tahun 1987, Saunders telah modifikasi sebuah kereta MINI menjadi kereta paling rendah dalam dunia. Kereta berkenaan memiliki ketinggian 34.5 inci (87.6 cm) dan diberi nama Claustro Phobia.

Bahagian bumbung kereta MINI telah dipotong malah ditambah untuk memanjangkan lagi badan jentera ini.

Bila sudah rendah, tentu sekali tempat duduk terasa sangat dekat dengan tanah.

Bahkan, pemandu perlu membiasakan diri memandu dengan kepala berada dekat dengan bumbung. Kalau hendak lagi selesa boleh keluarkan kepala terus di bahagian bumbung.

Selain itu, penglihatan di cermin hadapan agak terganggu apabila karburetor terkeluar dari bahagian penutup ruang enjin hadapan.

Claustro Phobia dinobatkan kereta paling rendah di dunia pada tahun 1987 dan menjadi tarikan utama pada pameran kereta dan acara MINI.

Kereta tersebut dijual kepada Yorkshire Car Collection. Ia kini berada di sebuah muzium di Tokyo, Jepun.

Biarpun, Claustro Phobia merupakan kereta pertama Saunders melakar nama dalam Guiness Book of World Records, ia bukanlah yang terakhir.

Ini berikutan Saunders memiliki rekod lain seperti Van Terendah dengan modifikasi Volkswagen Camper Type 25 tahun 1980.  – autoevolution

Google ads
Back to top button