Artikel Pilihan

BMW IALAH PEMEGANG REKOD DUNIA GUINNESS AKSI DRIFT TERPANJANG (+VIDEO)

Jenama apakah yang paling popular dalam sukan drift? Mesti semua terbayang Toyota dalam kepala kan? Mungkin benar Toyota adalah cukup popular dalam arena drift khususnya dengan model 86 mereka. Tapi untuk rekod dunia Guinness bagi aksi drift terpanjang, mereka terpaksa akur dengan kehebatan BMW yang kini memecahkan rekod yang dicatatkan oleh Toyota 86 pada tahun 2014 sehingga hancur berkecai.

Sebelum ini rekod drift terpanjang dipegang oleh pengajar BMW Performance Driving, Johan Schwarz dengan catatan 85.59 kilometer. Ia kemudian dipecahkan oleh Toyota 86 dengan 144.117 kilometer. Seolah-oleh masih belum berpuas hati, Toyota 86 menaikkan lagi jarak tersebut ke 164.98 kilometer dan terus bertakhta di atas buat seketika.

Tapi rupanya pihak BMW memandang serius dengan rekod drift ini, dan kali ini mereka memberi sokongan penuh kepada Schwarz untuk memperbaiki catatan rekod tersebut. Dengan menggunakan BMW M5, Schwarz melakukan aksi drift selama 8 jam yang merangkumi jarak 374.18 kilometer sekaligus membenamkan rekod asal 86 ke perut bumi.

Ia dijalankan di litar BMW Performance Center di North Carolina dengan diselia oleh wakil Guinness. Dalam usaha  untuk mencatat rekod tersebut, BMW M5 yang digunakan terpaksa mengisi minyak sebanyak 5 kali sambil bergerak. Macam mana caranya tu? Saksikan pautan video yang disertakan.

Untuk proses mengisi minyak sahaja mereka telah mengeluarkan sebuah lagi M5 ke dalam litar dan pengisian dijalankan tanpa menghentikan aksi drift yang sedang dilakukan. Kalau setakat buat aksi drift sambil makan char kue tiau spesel tu Pok Ya pun pernah buat tapi ini isi petrol tau. Korang isi petrol kat pam pun siap goncang nozel tu atas bawah sebab tak nak rugi setitik pun petrol tu pun dah rasa hebat tapi diorang ni selamba je isi minyak sambil drift. 

Google ads
Back to top button