Buletin

KALAU PERGI KE BILIK PAMERAN, JANGAN BUAT PERANGAI MACAM INI

Sama ada teruja atau panik, seorang wanita di Mandi, India melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan ketika berada di bilik pameran kereta. 

Dalam satu klip video berdurasi 49 saat yang dirakam oleh kamera liter tertutup CCTV, wanita tersebut dilihat duduk di dalam sebua Hyundai Elite i20 ketika ibu bapanya berbual dengan seorang jurujual. 

Jurujual itu mungkin memberikan kunci untuk membolehkan dia melihat ciri yang ada di dalam ruang kabin. Secara tiba-tiba, kereta itu meluncur ke hadapan sebelum melanggar tingkap kaca dan jatuh ke ruang parkir di bawah. 

Kereta tersebut hanya berhenti selepas melanggar dua lagi kereta Hyundai yang diparkir di kawasan berhampiran. Media tempatan membuat spekulasi bahawa wanita itu telah menghidupkan enjin kereta dan tidak sengaja menekan pedal minyak. 

Insiden itu menyebabkan kerosakan berjumlah 400,000 Rupee atau RM23,000. 

Kesian ada, rasa nak gelak pun ada. haih.. 

Tags
Google ads
Back to top button