Artikel PilihanBuletin

ADA SESIAPA NAK BELI ‘LANBORGHINI’ URUS SUV?

Kesilapan teknikal boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Silap ejaan ataupun typo error adalah sesuatu yang biasa bagi kami di Mekanika dan kami sentiasa mencuba untuk mengurangkannya. Tapi kalau dah namanya manusia, ianya memang payah nak dihapuskan seratus peratus. Tapi macam mana pula kalau syarikat ternama seperti Automobili Lamborghini tersilap mengeja nama syarikat mereka sendiri?

Dalam kes ini contohnya, seorang pembeli Lamborghini Urus mendapati seseorang dalam proses pengeluaran telah tersilap eja Lamborghini sebagai ‘Lanborghini’ dan ia dipaparkan di paparan infortainment SUV mewah tersebut. Kalau member yang menumpang tengok mesti ingat ia sebuah Lamborghini copy ori buatan China.

Kenapa boleh jadi macam tu? Adakah Lamborghini sedang sibuk mereka cipta kasut jenama mereka? Ataupun sibuk dengan aplikasi WeChat ataupun mungkin juga TikTokTak? Kalau tak pun mesti mengelamun tentang kehebatan mereka satu waktu dahulu.

Menurut kepada laporan dari web Carbuzz.com, kesilapan ejaan pada Urus milik TorontoCarNuts (akaun IG) merupakan permulaan kepada masalah elektrikal yang kemudian melanda SUV berharga RM1 juta tersebut.

Pemiliknya telah membawa SUV terbabit ke pusat servis untuk menguruskan hal tersebut tetapi selepas itu satu denmi satu masalah lain muncul seperti kegagalan membuka pintu belakang dengan gerakan kaki, lampu belakang bermasalah selain sistem Apple CarPlay tidak berfungsi. Pengedar Lamborghini terbabit dikatakan menawarkan untuk menukar unit terbabit dengan sebuah Urus baharu tetapi ditolak oleh pemiliknya (kaya betul mamat ni).

Sudah tentu model kereta yang baharu dilancarkan akan mempunyai satu dua isu tetapi biasanya ia boleh diselesaikan dalam sedikit masa. Tapi itu untuk kereta biasa dan bukannya sebuah SUV yang cukup mahal dan gah dengan standard pengeluaran yang tinggi.

Ada sesiapa dikalangan anda yang menggunakan Lamborghini Urus? Cuba semak paparan infotainment anda betul tak ejaan Lamborghini? Unit yang ditempah Pak Amid belum sampai lagi jadi payah sikit nak cek.

Google ads
Back to top button