Artikel Pilihan

KENALI FUNGSI MODEN SISTEM START/STOP ENJIN

Fungsi Auto Start Stop atau dalam Bahasa Melayu fungsi menghidupkan dan mematikan enjin secara automatik adalah satu fungsi yang popular di Malaysia sejak tahun 2013.

Terima kasih kepada Honda dan Toyota yang memperkenalkan fungsi ini melalui model hibrid pada tahun 2013 melalui skim mesra cukai kenderaan cekap tenaga, rakyat Malaysia mula sedar akan kepentingan teknologi ini.

Namun fungsi ini bukanlah sesuatu yang baru bagi pasaran dunia kerana Toyota Crown telah memiliki fumgsi ini pada tahun 1974, Fiat Regata dan Volkswagen Polo pada tahun 1980.

Disebabkan embargo atau sekatan minyak petroleum mentah oleh Arab Saudi terhadap dunia barat, ini memaksa jurutera berfikir di luar kotak bagi mencari jalan mencipta enjin yang menjimatkan bahan api.

Menjelang pertengahan 90an, negara Kesatuan Eropah didesak supaya mengurangkan penghasilan asap kenderaan melalui akta pencemaran udara menyebabkan sistem ini ditambah baik dari masa ke semasa.

Idea di sebalik pelaksanaan sistem Automatik Start Stop ialah – mengurangkan penggunaan bahan api semasa kesesakan jalan raya atau di persimpangan lampu trafik. Tutup sahaja enjin, sudah pasti akan jimat

Penjimatan antara 3-10% adalah julat yang optimum akan diperolehi melalui sistem ini, malah sesetengah pengeluar mampu menjimatkan sehingga 12% bahan api.

Sistem ini sinonim dengan kenderaan hibrid, mula digunakan oleh kenderaan biasa yang berkuasa petrol dan juga diesel bagi mengatasi kekangan undang-undang pencemaran udara.

Kajian yang dijalankan oleh pihak berkuasa Eropah mendapati kira – kira 25% pemandu menghabiskan masa di dalam kesesakan trafik. Manakala di Eropah, kajian mendapati kira kira 3.9 billion gallon petrol terbuang semasa kesesakan jalan raya. Satu angka yang cukup besar yang dibazirkan oleh pemandu.

Bagaimana sistem ini berfungsi?

Apabila mengesan keadaan yang sesuai, sistem akan mematikan enjin secara automatik apabila kereta berhenti dan pedal brek ditekan sepenuhnya.

Sekiranya brek dilepaskan semula, atau mendapati pemandu menukar gear dari P ke D, atau dari neutral kepada salah satu gear, sistem akan menghidupkan semula enjin seperti biasa.

Jika sistem mendapati suhu kabin meningkat, sistem akan menghidupkan semula enjin bagi memastikan pemampat gas penyaman udara beroperasi semula. Bagi sistem Hibrid Sinergi Toyota, ini tidak menjadi masalah kerana pemampat penyaman udara dijana oleh sistem elektrik.

Bagi menghidupkan semula enjin, kenderaan Hibrid akan mendapat kuasa dari bateri hibrid dan menghantar kuasa elektrik kepada motor elektrik untuk menghidupkan enjin.

Disebabkan motor ini dibina secara sandwich antara enjin dan kotak gear, operasi menghidupkan semula sangat lancar seperti anda menyelinap keluar dari rumah waktu malam ketika isteri tidur

Bagi sistem biasa tanpa hibrid, operasi ini digalas oleh penghidup biasa dan juga bateri konvensional 12volt yang biasa. Jadi mungkin terdapat sedikit gegaran sewaktu menghidupkan semula enjin.

Cabaran bagi sistem start stop enjin biasa

Beberapa perubahan dan juga penambahkan perlu dilakukan bagi meningkatkan ketahanan sistem enjin untuk jangka masa panjang  seperti:

1. Bearing crankshaft hendaklah disalut dengan polimer istimewa seperti Polyamide. Ini membolehkan bearing beroperasi tanpa lapisan minyak pelincir ataupun dengan sedikit minyak sahaja dan menghalang hakisan besi pada bearing. Buat masa sekarang enjin ini mampu melakukan 100,000 kali kitaran proses menghidupkan enjin

2. Bateri istimewa perlu digunakan seperti AGM (Absorbent Glass Mat) yang menggunakan gel di antara plat bateri yang mengandungi elektrolit. Bateri ini perlu menyokong peningkatan kadar proses pengecasan dan discas serta bebanan voltan yang tinggi

3. Starter atau penghidup enjin perlu direka bentuk bagi operasi menghidupkan enjin secara kerap dan menghalang pemanasan melampau.

Harga bateri yang biasa untuk Myvi atau Bezza sebagai contohnya berharga sekitar 150-170 untuk bateri sel basah, 200-220 untuk sel kering, tetapi boleh menjangkau sehingga 310-350 bagi bateri untuk menyokong sistem auto start stop.

Sekiranya anda tinggal di kawasan dengan kesesakan jalan raya, maka penjimatan petrol masih lagi berbaloi bagi kos bateri yang perlu ditukar antara 12-18 bulan sekali

Rancangan Fifth Gear melakukan satu ujikaji bagi mencari berapa peratus petrol yang berjaya dijimatkan oleh sistem auto start stop.

Ya, berdasarkan ujian di jalanan dengan menggunakan kereta yang sama serta pemandu yang sama, sistem auto start stop terbukti berkesan menjimatkan petrol kereta.

Jika diuji dengan menggunakan kad jimat petrol ditampal pada penutup tangki, berapa peratus kah petrol yang mampu dijimatkan?

Sila bincang di ruangan komen ye.

Google ads
Back to top button