Buletin

TOYOTA MIRAI LAKAR REKOD DUNIA. CATAT JARAK 1,003 KM, SATU TANGKI HIDROGEN

Toyota Mirai mencipta rekod dunia bagi kategori jarak perjalanan paling jauh sebuah kereta produksi dengan satu tangki hidrogen.

Perjalanan bermula dari stesen hidrogen terletak Orly itu menyaksikan jentera berkenaan menempuh jarak perjalanan sejauh1,003km.

Tyota Mirai itui dipandu di jalan raya kawasan selatan Paris dan di kawasan Loir-et-Cher dan Indre-et-Loire.

Menurut Toyota, generasi terbaharu Mirai mampu menempuh jarak sekitar 650km dalam keadaan pemanduan biasa.

Bagaimanapun, empat pemandu yang menyahut cabaran ujian memecah rekod tersebut berjaya mencatat jarak pemanduan lebih jauh.

Salah seorang pemandu itu, Victorien Erussard yang merupakan pengasas Energy Observer serta rakan kongsi Toyota.

Sebelum ini, gandingan dua syarikat berkenaan telah menghasilkan kapal dengan menggunakan sel bahan bakar Toyota. 

Tiga pemandu lain ialah jurutera Toyota Motor Europe, James Olden, pengurus produk Mirai, Maxime le Hir, dan pengurus PR Toyota France, Marie Gadd. –carscoops

Google ads
Back to top button