Buletin

KIA STINGER SCORPION SPECIAL EDITION 2022.EKSKLUSIF PASARAN AMERIKA, BERMULA RM217K SEUNIT

Kia memperkenalkan sedan sports edisi terhad terbaharu dikenali sebagai Stinger Scorpion Special Edition 2022.

Jentera terbaharu berkenaan yang ditawarkan dalam dua varian dibangunkan sebanyak 250 unit setiap bulan.

Dua varian tersebut merupakan  GT2 RWD (pacuan roda belakang) dan AWD (pacuan semua roda), masing-masing ditawarkan pada harga bermula AS$52,585(RM217,097) serta AS$54,785 (RM226,179).

Ia menawarkan tiga pilihan warna iaitu putih (Snow White Pear) hitam (Aurora Black) dan kelabu (Ceramic Silver).

Bagaimanapun, model edisi terhad itu hanya memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua varian menampilkan beberapa ciri-ciri menarik merangkumi kemasan fender dan cermin sisi berwarna hitam.

Selain itu, jentera berkenaan hadir dengan ekzos tona gelap dan spoiler belakang mendapat sentuhan warna seperti badan kereta.

Stinger Scorpion Special Edition 2022 dilengkapi rim hitam 19 inci menyerlahkan sisi garang sedan sport itu.

Ruang kabin pula, dilengkapi kemasan corak ekslusif gentian karbon dipadankan dua pilihan material kulit iaitu Red Nappa (merah) atau Black Nappa (hitam). – carscoops

Google ads
Back to top button