Buletin

KAPAL SOLAR FIRAUN KUFU BERUSIA 4,600 TAHUN DIPINDAHKAN KE MUZIUM

Mesir memindahkan kapal solar Firaun Khufu yang masih kekal utuh sejak 4,600 tahun lalu yang akan dilancarkan di muzium terbesar di negara itu.

Menurut laporan Daily Mail, kapal solar itu sebelum ini dikebumikan bersebelahan ruang perkuburan diraja dengan mempercayai ia akan membawa mereka yang sudah meninggal dunia ke hari akhirat.

Great Pyramid di Cairo dikenali sebagai Piramid Cheops merupakan yang  terbesar daripada tiga piramid di Giza menempatkan makam Khufu apabila dimakamkan pada 2,566 sebelum Masihi.

Kapal terbabit digunakan Khufu yang merupakan seorang raja Dinasti Keempat yang memerintah semasa Kerajaan Kuno.

Kapal solar itu merupakan satu kebanggaan kerana merupakan artifak organik terbesar dan tertua dihasilkan daripada kayu dalam sejarah manusia.

Ia memiliki ukuran 42 meter panjang dan seberat 20 tan itu ditemui pada 1954 di sudut selatan Piramid Besar dipamerkan selama beberapa dekad di muzium Giza Plateau.

Muzium Grand Egyptian yang dibina selama 17 tahun mengandungi lebih 100,000 artifak ketika dibuka. –DailyMail/egyptianstreets

Google ads
Back to top button