Artikel Pilihan

CURI PORSCHE KLASIK DARI MUZIUM DAN DAFTAR GUNA DOKUMEN PALSU – SCAM LEVEL TINGGI

Memiliki sebuah Porsche klasik seperti 930 Turbo merupakan impian ramai peminat tapi harganya yang mencecah jutaan RM merupakan penghalang utama. Namun itu tidak menghalang seorang lelaki di Florida dari menjadikan impian beliau satu realiti tapi dengan cara yang tidak betul. Bukan dengan cara menabung atau bekerja keras tapi dengan mencurinya dari sebuah muzium tempatan.

Daniel Boyce sangat bertekad untuk memiliki sebuah Porsche vintaj keluaran tahun 1977 dari sebuah muzium di Sarasota Car Museum sehingga sanggup mengalihkan tujuh buah kereta lain yang menghalang laluan keluar Porsche tersebut.

Kerja Boyce semakin senang bila kakitangan muzium meninggalkan kunci kereta tersebut di dalam kereta yang berwarna coklat metallik tersebut. Pihak polis yang berkejar ke muzium tersebut selepas penggera berbunyi tidak mengesyaki sebarang masalah tapi panggilan seterusnya mendapati sebuah Porsche telah hilang dari ruang pameran.

Ia berjaya dirakam dalam kamera litar tertutup tapi jejaknya hilang selepas keluar dari kawasan muzium. Hanya selepas beberapa hari baharulah mereka menerima maklumat tentang sebuah Porsche berwarna menyerupai model dicuri di kawasan gudang.

Siasatan pelbagai jabatan mendapati seorang lelaki berusia 36-tahun baharu sahaja mendaftarkan sebuah Porsche 1976 berwarna coklat di bawah nama syarikat Triton Engineering menggunakan nombor VIN sebuah 911 yang sudah dilupuskan 23 tahun lalu dan dijual kepada pengumpul besi buruk di California.

Surat jualan, kad pendaftaran Maine, surat pengesahan odometer dan pelbagai dokumen lain yang digunakan dalam pendaftaran Porsche tersebut didapati meragukan dan dipasukan oleh Boyce. Cerdiknya Boyce ni pula bila memasukkan nombor telefon beliau sendiri dalam dokumen pendaftaran. ‘Cerdik’ kan?

Boyce ditahan selepas gagal hadir bila dipanggil pihak berkuasa dan mereka berjaya menemui gambar-gambar Porsche yang dicuri, kod unit storan dan nombor unitnya sekali. Berbekalkan maklumat tersebut, polis berjaya menemui kembali Porsche vintaj tersebut yang disembunyikan Boyce. Bijak la sangat kan?

Google ads
Back to top button