Artikel Pilihan

EXHIBIT ISTIMEWA BAKAL MUNCUL DI MUZIUM LAMBORGHINI – MIATA KE?

Sekarang dah jadi trend untuk pengeluar kereta ternama mempunyai muzium mereka sendiri. Selain untuk menjadi rujukan sejarah ia juga sebagai tempat show-off model-model terhebat keluaran mereka. Tak kisahlah sebab apa pun janji ia bakal menjadi sajian mata untuk kita semua. Lepas ni confirm kalau Perodua buat muzium akan ada Alza vtecvtec Abang Japar hahaha.

Lamborghini tidak terkecuali dan mereka baharu sahaja mengumumkan “exhibit istimewa” bakal dipertontonkan di muzium mereka sempena pameran ulangtahun ke 60 yang bakal membuka tirai 23 Disember ini. Belum ada sebarang infi didedahkan tetapi buat masa sekarang sehingga  22 Disember, muzium Lamborghini yang dikenali dengan nama MUDETEC ataupun Museum of Technology ditutup kepada umum untuk kerja-kerja persiapan pameran.

Apapun Lamborghini berjanji sebaik pintu dibuka, muzium ini akan kelihatan lebih hebat sesuai dengan upacara sambutan ulang tahun yang akan disambut selama setahun pada tahun 2023. Bukan 7 hari 7 malam tapi setahun terus.

Semua sedia maklum yang Lamborghini diasaskan oleh Ferrucio Lamborghini sebagai balasan Ferrari yang tidak melayan beliau berkaitan kegagalan mekanikal pada kereta Ferrari milik beliau. Orang bagi cadangan tapi tak nak terima, kerek betul. Marah punya pasal buat kereta sendiri terus. Bukan macam kita, marah ambik gambar tepek dekat media sosial.

Model pertama Lamborghini ialah 350GT yang menggunakan enjin V12. Syarikat ini agak bergolak dari segi kewangan pada peringkat awal tetapi menjadi stabil setelah diambil alih oleh VW menerusi anak syarikat mereka, Audi dalam tahun 1998.

Kini Lamborghini menjadi pemain penting dalam pasaran supercar dan super SUV dengan model Lamborghini Urus, Huracan dan semestinya Aventador yang bakal dipencenkan sedikit masa lagi.

Muzium ini dbahagikan kepada dua tingkat dengan penampilan model-model ikonik V12 menunggu pelawat di pintu masuk antaranya termasuklah Miura, Diablo, Murcielago dan akhir sekali Reventon.

Terdapat juga model-model edisi khas seperti Sesto Elemento, Veneno, Centenario selain Reventon dan tidak terkecuali model hibrid pertama mereka , Sian. Kalau nak tahu tentang model-model lain dan exhibit spesial tu kena tunggu pameran dibuka 23 Disember ini.

Google ads
Back to top button