" "
Artikel Pilihan

KEBANYAKAN PEMANDU MALAYSIA SERING ABAIKAN POLISI PERLINDUNGAN BANJIR.

Malam semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian banjir yang naik secara mendadak terutama di kawasan sekitar Shah Alam, Klang dan beberapa bahagian di Lembah Kelang. Kenaikan paras air banjir yang naik secara mengejut dan hujan lebat berterusan menjadi punca kepada banjir yang berlaku.

Selain daripada kemalangan jalan raya yang meragut nyawa insan yang tidak bersalah, hujan yang lebat ini telah menenggelamkan beberapa kawasan rendah dimana pemilik tidak sempat mengalihkan kenderaan mereka ke kawasan yang lebih tinggi

Sudahlah dengan ekonomi baru sahaja hendak pulih akibat COVID-19, malang pula menimpa dengan kejadian banjir yang merosakkan harta benda dan juga kenderaan milik mereka. Sedih, pilu dan sukar untuk dibayangkan perasaan mangsa-mangsa banjir ini apabila melihat kenderaan mereka ditenggelami air banjir.

Tambah malang lagi apabila ketika memperbaharui perlindungan takaful/insuran milik kenderaan mereka, mereka terlupa untuk memasukkan polisi perlindungan bencana alam. Mungkin kebanyakan pemandu telah memasukkan polisi perlindungan untuk cermin depan kereta sebab ia merupakan salah satu komponen yang mahal dan berisko untuk pecah

Namun kesedaran pemandu Malaysia berkenaan dengan perlindungan kereta terhadap bencana alam masih lagi rendah. Mungkin mereka berminat untuk melanggan polisi tersebut tapi disebabkan faktor kekangan duit terutama ketika kita masih bergelut dengan COVID-19 menghalang mereka

Semakan penulis bagi perlindungan takaful untuk bencana alam di atas talian bagi kereta Perodua Axia masih lagi mampu milik dan mampu dilanggan. Sebagai contoh salah satu operator takaful terkenal di Malaysia menawarkan 2 jenis perlindungan bencana alam iaitu:

Basic Flood – melindungi kenderaan daripada kos kerosakan akibat banjir, ribut dan juga angin kuat

Extended Flood Coverage – melindungi kenderaan daripada kos kerosakan akibat banjir, ribut taufan, hurricane, angin kuat, letupan gunung berapi, tanah runtuh, tanah mendap dan pelbagai kejadian alam

Sebagai contoh, Perodua Axia tahun 2015 milik penulis dinilai dengan RM 16,000 hanya perlu membayar sekitar RM 425.03 sahaja untuk pelindungan takaful kemalangan. Bagi perlindungan Basic Flood, penulis hanya perlu menambah sekitar RM 36 sahaja (selepas tolak diskaun RM 4).

Manakala bagi perlindungan Extended Flood Coverage, penulis hanya perlu membayar RM 72 (selepas tolak diskaun RM8). Bagi penulis kos ini masih murah dan berbaloi. Malah ia lebih murah daripada kos perlindungan cermin depan RM 90 yang perlu dibayar.

Sekiranya termasuk cermin depan dan Basic Flood Coverage, penulis hanya perlu membayar RM 521.35 bagi kereta milik penulis. Mungkin RM 521 ini nampak mahal, tapi tolonglah demi ketenangan jiwa ambillah basic flood ini bagi perlindungan kereta tuan-tuan.

Jika kenderaan anda terlibat dengan banjir, kos untuk baik pulih adalah mahal dan jika perlu mengeluarkan kos dari poket sendiri memang terasa azabnya. Sudahlah rumah dinaiki air, barang elektrik rosak, perabot rosak tambah memeningkan kepala anda bila kereta yang anda guna untuk ke tempat kerja pula rosak.

Google ads
Back to top button