Artikel Pilihan

KENAPA KERETA PALING MURAH DI DUNIA, TATA NANO GAGAL?

Tata Nano ketika mula-mula dilancarkan pada tahun 2008 dahulu, ia dinobatkan sebagai kereta paling murah di dunia. Harga pengenalan ketika itu ialah sekitar USD 2500 atau anggaran kasar RM 10,000. Ia dilancarkan oleh syarikat Tata setelah mereka melihat kejayaan syarikat menghasilkan trak mini Tata Ace pada tahun 2005.

Sasaran mereka ialah untuk menghasilkan kereta kompak 4 tempat duduk yang mensasarkan pemilik motosikal untuk bertukar kepada kereta Tata Nano yang lebih selesa. Disebabkan harganya yang murah dan mampu milik, media India menggelarkan Tata Nano sebagai Peoples Car ketika ia dilancarkan.

Tata Nano memiliki panjang 3099mm, lebar 1390mm dan tinggi 1652mm. Jarak antara roda pula ialah 2230mm dan dikuasakan dengan enjin 2 silinder 624cc yang menghasilkan cuma 37 kuasa kuda. Enjin dipasang di bahagian belakang dan dipacu menerusi roda belakang melalui transmisi 4 kelajuan manual. Pecutan 0-60km/j dibuat dalam masa 60 saat dan halaju maksima ialah 105km/j. Sebab enjin kecil, seliter petrol membolehkan Nano dipandu sejauh 23km.

Ok la kan, untuk sebuah kereta super murah dan super mini. Tata menjangkakan model ini berjaya dijual sebanyak 250,000 unit setahun. Namun jualan tertinggi model ini hanyalah 74,527 unit pada tahun 2011 dan menurun sehingga 1502 unit pada tahun 2018. Model ini dihentikan pengeluaran menjelang Julai 2018.

Tata Nano MH.14.TC.206/0 March 2009 Stan Papior

Kenapa Tata Nano boleh menjadi projek gagal dan merugikan Tata?

1. Pemasaran – Tata mensasarkan untuk menjual kereta ini pada pengguna di kawasan pendalaman dan bandar bandar kecil. Namun mereka hanya memiliki jaringan pengedar yang terletak di bandar besar utama sahaja. Kebanyakan pelanggan mereka tidak tahu bagaimana nak beli kereta dan Tata gagal educate bakal pelanggan mereka

2. Tak penuhi janji – janji untuk harga kereta 1 lakh rupee (atau RM 10,000) dicapati oleh syarikat Tata. Menjelang tahun 2015 harganya telah meningkat naik menjadi 2.6 kali ganda dari harga asal menyebabkan ramai bakal pembeli beralih arah ke model lain

3. Isu pengambilan tanah – pada awalnya, satu kilang khas akan dibangunkan di Singur untuk projek Tata Nano. Namun proses pembelian tanah ini ditentang oleh pembangkang dan juga petani yang mendakwa tanah pertanian mereka diambil alih secara tidak sah. Akhir sekali Tata terpaksa menukar kilang mereka ke Gujerat. Proses ini menyebabkan mereka rugi 18 bulan.

4. Salah persepsi pemasaran – ingat Tata Nano dipasarkan sebagai kereta paling murah di pasaran India. Tapi pengguna di sana pun ada maruah yang perlu dijaga. Untuk mengelakkan mereka malu disebabkan membeli Tata Nano, pengguna di sana sanggup membeli kereta terpakai dengan harga yang setara

5. Aspek Keselamatan – jika anda mencari isu keselamatan pengguna kenderaan, India adalah antara pasaran yang paling longgar pematuhan aspek keselamatan. Tata Nano didapati tidak selamat pada mana-mana halaju sekali pun waima pada 56km/j. Tiada beg udara, tiada brek ABS, tiada perehat kepala dan pre-tensioner seat belt adalah resipi yang bagus untuk mati dalam kereta. Tata Nano skor 0 bintang ujian NCAP

6. Terbakar – pada 2 tahun pertama selepas Tata Nano dilancarkan terdapat beberapa buah Nano dilaporkan terbakar secara tiba-tiba. Pada 22 March 2010, seorang ajen insuran yang baru sahaja membeli kereta Nano ini melaporkan kereta baru milikny terbakar dalam perjalanan pulang dari kedai kereta ke rumahnya. Masalah komponen elektronik dikatakan menjadi punca kebakaran secara tiba-tiba ini.

7. Kereta substandard -disebabkan fokus untuk menjadi murah, Tata telah mengabaikan aspek lain termasuklah keselamatan dan juga keselesaan. Tata Nano direka dengan ciri -ciri seperti berikut untuk menjimatkan kos:

  • ruang bonet hanya boleh dibuka dari dalam. Ini menjimatkan komponen lain seperti engsel bonet dan juga stay damper
  • enjin diletakkan di bahagian belakang, di bawah kusyen penumpang. Gegar dia macam naik kuda
  • hanya dipasang dengan satu pengelap cermin
  • tiada stering kuasa, hanya ada paut stering
  • rim 3 lubang sama macam Tiara
  • hanya ada satu cermin sisi sebelah pemandu, Nissan Sunny dulu ada 2
  • tiada penyaman udara
Google ads
Back to top button