Buletin

DIJANJI HONDA CIVIC TAPI DAPAT MYVI. REMAJA LUAH RASA BENGANG TERHADAP BAPA DI LAMAN SOSIAL

Seorang remaja meluahkan rasa marah kepada ayahnya di laman sosial. Tindakan itu dibuat hanya kerana dia menerima sebuah Perodua Myvi dan bukannya Honda Civic seperti yang dijanjikan.

Dia yang dipercayai seorang pelajar kolej swasta itu berkongsi ketidakpuasan hati berkenaan di laman Facebook UTAR Confessions 2017/2017. Menurutnya, dia kecewa dengan sikap ayahnya yang hari ini cakap lain, esok buat benda lain.

Honda Civic itu didakwa dijanjikan oleh bapanya beberapa bulan lalu selepas dia mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan. Selain membantu melakukan kerja di pejabat bapanya.

Dia diberi kejutan itu ketika sedang menikmati sarapan. Rasa teruja mendapat kereta baharu terus hilang apabila melihat ia adalah sebuah Myvi. Dua orang jurujual yang datang menghantar kereta berkenaan dan ingin merakam gambar pun langsung tidak dilayan.

Remaja itu juga mendakwa keluarganya tidak kekurangan wang. Malah bapanya memandu sebuah Volvo berharga lebih RM300,000.

“Macam mana saya nak pandu Myvi? Saya rasa malu kerana semua kawan lain memandu BMW dan Volkswagen. Mereka akan gelakkan saya sahaja nanti. Saya tidak minta ayah belikan kereta yang terlalu mahal, cuma lebih RM100,000 sedikit sahaja.

“Lagipun apabila dia sudah tua, saya juga yang akan menjaganya. Jadi kenapa tidak boleh layan saya dengan lebih baik sekarang?” tulisnya.

Speechless abam. Ada juga anak perangai macam ni..

Google ads
Back to top button