Buletin

KERETA PALING POPULAR DI CARIAN GOOGLE, MILIK SIAPA?

Semua yang ingin kita ketahui ada dihujung jari, atau bahasa mudahnya, kita boleh Google saja. Ini termasuklah pencarian kereta berprestasi tinggi.

Confused.com telah menganalisis data carian Google sepanjang 12 bulan lalu untuk mengetahui carian popular dikalangan kereta berprestasi tinggi.

Mengagumkan apabila Audi R8, yang tidak dikeluarkan sejak sekian lama telah dicari sebanyak 22.53 juta kali. Manakala Lamborghini Urus mengikut rapat dengan 20.06 juta carian walaupun ia adalah SUV. Namun, popularitinya membuktikan betapa bijaknya Lamborghini menceburi dunia SUV.

Tempat ketiga dalam senarai itu ialah BMW i8 dengan 18.43 juta carian Google, meletakkannya di hadapan Toyota Supra dengan 17.26 juta, Ford Mustang dengan 16.65 juta, Nissan GT-R dengan 15.54 juta carian, Porsche 911 dengan 15.48 juta carian, Lamborghini Aventador 11.555 juta carian, Bugatti Chiron 10.98 juta carian, dan Lamborghini Huracan dengan 8.4 juta carian di Google.

Lamborghini terbukti sebagai pengeluar kereta berprestasi paling popular dengan lebih daripada 58,155,700 carian untuk jenama itu. Ini meletakkannya jauh di hadapan BMW dengan 26,753,000 carian dan Ferrari dengan 25,352,990 carian Google tahunan.

Jenama popular lain termasuk Porsche dengan 25,116,590 carian, Audi (22,897,600 carian), Nissan (22,855,000 carian), Ford (22,368,000 carian), McLaren (21,766,800 carian), Bugatti (17,427,000 carian), dan Toyota 17,427,000 carian.

Google ads
Back to top button