Artikel Pilihan

ASAL USUL NAMA KERETA YANG POPULAR. SILAP PILIH NAMA, BURUK AKIBATNYA

Proses menamakan satu model kereta adalah satu proses yang penting dalam penjenamaan dan pemasaran. Kalau kena dengan nama dan strategi, nama tersebut akan terkenal seluruh dunia seperti Golf, Civic dan juga Corolla. Kalau silap letak nama, sampai ke sudah orang akan buat bahan gelak walaupun kereta itu lawa.

Contohnya korang cari la sendiri. Hari ini mari kita semak asal usul nama satu satu model yang popular dalam budaya automotif seluruh dunia.

1. Ford Mustang – nama ini dipilih oleh pereka Ford iaitu John Najjar berdasarkan nama sebuah kapal terbang pejuang yang popular ketika perang dunia ke 2 iaitu P-51 Mustang. Walaupun bekerja dengan Ford, John amar berminat dengan kapal terbang dan menamakan kereta sport keluaran Ford dengan nama Mustang

Bagi John, nama Mustang dan kaitannya dengan kuda adalah satu yang sangat Amarekka. Tambahan pula Mustang merujuk kepada baka kuda yang hanya ada di benua Amerika sahaja.

2. Pagani Huayra

Huayra -Tata adalah nama dewa angin antara negara Bolivia dan Peru terutama di kawasan pergunungan Andes. Tapi paling bahaya Huayra ini sebenarnya boleh bertukar menjadi ribut yang sangat bahaya walaupun pada masa yang sama ia dikatakan turut membawa baja semulajadi kepada kawasan ini

3. Chevrolet Camaro

Sebenarnya bila kereta ini keluar, GM perlukan satu nama yang bermula dengan huruf C agar selari dengan nama Chevrolet. Jadi mereka mengambil nama “camarade” dari kamus perkataan Peranchis yang membawa maksud kawn atau “comrade”

Tapi takkan nak letak nama Comrade kan, jadi eksekutif GM mereka nama daripada Comrade menjadi Camaro dan menggambarkan Camaro ini sebagai binatang kecil yang akan meratah Mustang hidup-hidup. Eh, macam Johnny la

4. Tesla Model 3

Ok, asalnya Elon Musk nak menamakan kereta Tesla dengan menggunakan 4 huruf SEXY. Kalau anda ingat, model pertama Tesla ialah Model S. Model kedua sepatutnya ialah Model E tapi bila Ford terus mendaftarkan huruf E bila mereka tahu rancangan Elon. Nakal jugak kan

Jadi Elon Musk tiada pilihan lain selain menggunakan huruf 3 bagi menggambarkan huruf E secara terbalik. Boleh la asalkan dari jauh nampak sama.

5. Lamborghini Countach

Kalau ikut cerita khabar angin Lamborghini, pada satu hari seorang pengawal keselamatan terlihat model Countach buat kali pertama ketika ia dipandu uji dan reaksinya ialah menyebut perkataan “Cuntacc”. Dalam bahasa Itali ia adalah bahasa pasar yang menggambarkan perasaan terkejut

Mat Saleh akan sebut “Holy Seat atau Damn”. Namun perkataan Cuntacc tiada dalam kamus bahasa Itali, jadi mereka mengubahnya menjadi Countach. Begitulah cerita dia, harap anda semua percaya.

6. Dodge Viper

Dodge merancang untuk menghasilkan satu model yang boleh melawan jentera yang dihasilkan olehh Caroll Shelby, iaitu Shelby Cobra. Projek ini diketuai oleh Tom Gale, desainer di Dodge. Satu hari Gale telah ke Itali untuk bermesyuarat dengan Giorgetto Giugiaro dari Italdesign dan bertanya apakah nama lain bagi Cobra.

Giugaro mengatakan di Itali, Cobra iaitu ular yang beracun disebut sebagai Vipera. Jadi bila Gale pulang ke ibupejabat, model kereta sport yang diusahakanya dinamakan sebagai Dodge Viper.

7. Chevrolet Corvette

Model Corvette sebenarnya mula memasuki pasaran pada tahun 1953, 8 tahun selepas perang dunia kedua tamat. Salah seorang eksekutif pemasan Chevrolet membuka kamus dan meneliti semua nama yang ada dalam huruf C dan menjumpai nama Corvette.

Dalam angkatan kapal perang laut, Corvette merujuk kepada kapal perang pengiring pantas yang bertugas melindungi konvoi besar seperti kapal pengangkut pesawat. Malah nama Corvette sendiri telah popular semasa perang berlangsung dan memudahkan proses pemasaran di media

8. Myvi -nama ini asalnya dicadangkan untuk digunakan oleh Ferrari, tapi digugurkan tapi dibatalkan pada saat akhir. Ok tipu je

Google ads
Back to top button