Artikel Pilihan

PENCURI REMBAT HURACAN, R8, CAYMAN DAN AMG-GT SEBELUM TRACK DAY – BERANI BETUL

Lima buah kereta termasuk supercar telah dilarikan pencuri dari Tibenham Airfield, Norfolk sehari sebelum berlangsung acara track day. Kesemua kereta tersebut bakal digunakan dalam acara yang telah dirancang dan dianjurkan oleh Car Cahse Heroes hujung minggu lepas. Kini acara tersebut terpaksa dibatalkan dan dijadualkan semula.

Kecurian berlaku di pangkalan udara tersebut sekitar jam 4.00 pagi. Kereta-kereta yang dicuri ialah Lamborghini Huracan, Audi R8, Porsche Cayman, Mercedes-AMG GT dan VW Golf GTI Clubsport. Ada lagi kereta-kereta lain yang turut dilarikan tapi lima unit ini paling menonjol.

Jurucakap Car Chase Heroes menyatakan syarikat mereka yang menguruskan lebih 100 buah kereta untuk acara tersebut menjadi sasaran pencuri selepas peti keselamatan mereka dipecahkan sebelum kesemua kunci dilarikan.

Lebih 900 penunjung dijangka mengunjungi acara tersebut. Beberapa orang penduduk tempatan melaporka terdengar bunyi kereta-kereta sport tersebut dipandu laju dalam kawasan perkampungan mereka.

Syarikat tersebut memberi jaminan tarikh baharu akan ditetapkan untuk mereka yang sudah merancang untuk berkunjung ke acara tersebut.

Warga tempatan diminta supaya membuka mata jika terserempak dengan kereta-kereta ini. Tak susah nak cam supercar dengan warnanya yang menonjol kecuali AMG GT yang berwarna hitam. Golf GTI Clubsport paling menonjol dengan liveri pasukan ragbi Sale Sharks.

Kerugian dianggarkan sekitar USD600,000 (hampir RM2.5juta). Namun bukan masalah sangat pun sebenarnya sebab kesemua kereta tersebut dilindungi insuran sepenuhnya.

Google ads
Back to top button