Motosikal

12 UNIT PANIGALE V4 S DENGAN LIVERY PERLUMBAAN AKAN DILELONG DI EBAY

Acara utama World Ducati Week 2018 (WDW) yang berlangsung pada hujung minggu ini adalah perlumbaan “Race of Champions”.

Perlumbaan tersebut melibatkan 12 pelumba pasukan Ducati di MotoGP dan WSBK seperti Andrea Dovizioso, Jorge Lorenzo, Michelle Pirro, Jack Miller, Danilo Petrucci, Tito Rabat, Karel Abraham, Troy Bayliss, Chaz Davies, Marco Melandri, Xavi Fores dan Michael Rinaldi.

Mereka semua akan menunggang Panigale V4 S yang lengkap dengan livery perlumbaan masing-masing dalam perlumbaan yang disiarkan pada hari ini.

Tidak cukup, setiap jentera itu juga akan dilekatkan dengan satu plat nama dan tandangan pelumbanya. Autograf pula ditulis pada tangki.

Bagi meningkatkan nilainya, satu sijil khas yang ditandatangani sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Motor Holding turut diberikan.

Lebih menarik lagi 12 motosikal itu kemudian akan dilelong di laman eBay. Lelongan bakal dibuka mulai jam 6 petang hari ini sehingga Sabtu depan (27 Julai 2018).

Sebagai sebuah jentera lumba, ia dilengkapi pelbagai komponen khas, selain set lengkap alat ganti tulen yang diperlukan untuk tunggangan di atas jalan biasa.

Kalau ada duit lebih tak tau nak buat apa, boleh la bida juga. Mana tau rezeki kan…

Google ads
Back to top button