Artikel Pilihan

KERETA TIN MILO, RINGAN SANGAT NI

Masih ke anda ingat dengan Perodua Kancil, kereta kompak pertama Malaysia. Dengan berat antara 650-690kg ia memang sangat ringan. Sepertti yang sedia maklum, Kancil berada dalam kelas Kei-Car. Jadi kerajaan Jepun banyak memberikan subsidi kepada pembeli. Bila dipasarkan di Malaysia, ia dipuji kerana penggunaan petrol dia lebih kurang dengan mesin kubota sahaja.

Tapi ini tidak bermakna ia tidak boleh digunakan untuk berlumba. Pernah juga Kancil digunakan untuk perlumbaan rali. Kena pula dengan naiktaraf enjin L200 turbo memang berdesup juga Kancil ni lari. Tapi selain daripada Kancil, banyak juga konsep kereta ringan ini dibuat oleh pembuat kereta lain.

Sekiranya anda kemalangan dalam kereta ini, kadar kematian adalah tinggi. Lagi tinggi risikonya dari terkena virus COVID19. Aspek keselamatan memang tak payah fikir. Lepas baca doa naik kenderaan, teruskan mengucap syahadah. Antaranya ialah:

1. Citroen AX 1986-1998 – Lama sangat kereta ini dihasilkan sehingga 12 tahun masih lagi dibuat. Kereta kompak 3 pintu ini dicipta khas untuk menjadi sangat efisyen dengan menjadi ringan. Beratnya sekitar 640kg sahaja. Ada 3 pilihan enjin samaada 1.0, 1.1 ataupun 1.4 liter yang menghasilkan 101 kuasa kuda. Namun versi GT paling berat hanyalah sekitar 722kg sahaja

Rahsianya Citroen AX menggunakan plastik panel pada bahagian yang tidak membawa beban. Pada bahagian besi pula, ketebalan besi akan diubah mengikut spesifikasi. Kalau ada bekas tapauware anda hilang, cuba cari di kilang ini. Bagitau mak anda, bukan anda yang hilangkan.

2. Clan Crusader 1971-1973 – merupakan sekumpulan bekas jurutera Lotus yang dibuang kerana mengular pada waktu bekerja. Disebabkan kepakaran mereka ialah menghasilkan kereta, maka mereka menghasilkan sebuah kereta dengan cesi monocoque tapi dihasilkan dengan menggunakan fiberglass. Ada dua pilihan enjin samaada 875cc ataupun 1000cc dengan 51 kuasa kuda.

Enjin pula dipasang pada bahagian belakang, belakang temat duduk pemandu dan di depan gandar tayar. Kira MR la ni tuan tuan. Mereka berjaya meminimakan berat kereta ini sehingga 615kg sahaja. Walaupun hanya dikeluarkan selama 3 tahun sahaja, ramai peminat menyukai kereta ini dan ia pernah digunakan untuk berlumba dengan syarat ia mesti dipasang dengan roll cage.

3. Lotus Elan – 1962 inilah dia mahaguru kepada semua kereta ringan, yang diberi nama Colin Chapman. Falsafah Colin ialah walaupun ringan tapi mestilah selesa dan boleh digunakan seharian. Lotus Elan ini datang dengan berat sekitar 584kg sahaja. Tapi enjin Elan memiliki sesaran sekitar 1500cc

Cesi Elan dibuat dengan besi namun panel badan dihasilkan daripada fiberglass. Model ini dihasilkan sehingga tahun 1975 namun apabila undang-undang keselamatan jalanraya mula diperketatkan, maka cesi Elan mula bertambah berat. Elan juga memberi insiprasi kepada Mazda untuk menghasilkan MX-5.

Mazda CX30

4. Mini Cooper – 1959. Pernahkah anda menonton filem Bourne Identity dengan adegan Mini Cooper yang melarikan diri dari polis di Kota Paris. Salah satu sebab ia mampu melarikan diri dari polis ialah kerana ia sangat kecil walaupun mampu memuatkan empat orang dalam satu masa. Beratnya pula ialah sekitar 580kg sahaja

Walaupun kecil namun ia masih dipasang dengan enjin 4 silinder 850cc sudah cukup untuk ia digunakan sebagai watak utama dalam filem Bourne. Generasi pertama terus dihasilkan sehingga tahun 1968 dan pada ketika itulah British Motor Corp merasakan adalah lebih baik jika ia diperkukuhkan sedikit

Model ini cukup popular sehingga tahun 1976, 4 juta unit telah dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia. Cukup popular sehinggakan pereka fesyen menamakan skirt singkat dengan nama Mini. Emmmmmm

5. Caterham 7- 2020 – Mesti pernah dengar kan nama ni. Model ini berasal dari Lotus 7 cuma agak ekstrem lagi. Bumbung pun mereka cabut sebab nak bagi ringan dan bahagian kepala dilindungi oleh bar belakang dan depan. Jadi tak hairanlah kalau berat kurang 500kg. Ia dikuasakan dengan enjin 1.6 Duratec milik Ford yang mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5 saat

6. De Tomaso Vallelunga 1964 -1968 – Ni sebuah kereta Itali murtad, walaupun bentuknya ala-ala Ferrari. Sebabnya De Tomaso ini pakai enjin Ford Cortina 1500cc yang dipasang pada cesi space frame dan panel badan aluminium. 0-100km/j hanya dalam masa 6 saat saja. Hanya ada 55 unit saja baii. Kalau lelong lagi mahal dari Cibic FC.

7. Fiat 500 – 1957-1975 – kalau anda ingat kereta 3 tayar musuh sejati Mino Cooper Mr. Bean anda silap kerana Fiat 500 adalah saingan sejati Mini. Fiat 500 ini walaupun beratnya hanyalah 500kg saja, namun nama 500 ini merujuk kepada enjin 500cc yang digunakan. Enjin 2 silinder saja dengan kurang dari 20 kuasa kuda. Tapi mantap jugak dengan 3.5 juta unit terjual

8. LCC Rocket – Bila bekas pereka bentuk F1 McLaren Gordon Murray dan bekas pelumba Chris Croft lepak, maka keluarlah idea ini. Mereka menubuhkan syarikat Lightweight Car Company Corp dan hasilkan kereta sport 2 tempat duduk tanpa bumbung dengan berat 386kg sahaja. Enjin 1000cc diambil dari Yamaha (bukan enjin LC atau YSuku) dengan 165 kuasa kuda. 0-100km/j dalam 4 saat je bro, 0.1 saat je bawah Supra.

Disebabkan ringan, nisbah kuasa kepada berat enjin adalah melampau. Sebab itu pecutan kereta ini boleh tahan laju.

Tags
Google ads
Back to top button