
KILAT SAMBAR JALAN RAYA. SERPIHAN HENTAM FORD F-150
Pengeluar kenderaan, Ford sibuk mempromosikan jentera elektrik terbaharu dikenali sebagai Ford F-150 Lightning yang dijana kuasa elektrik.
Begitupun bagi dua penduduk Florida, Amerika Syarikat (AS) perkataan Lightning (kilat) pasti akan membawa igauan ngeri kepada mereka.
Ia berikutan Ford F-150 dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan agak pelik apabila kilat menyambar jalan raya sehingga mengakibatkan serpihan terpelanting di trak itu.
Kedua mangsa mengalami kecederaan akibat serpihan terbabit.

Melalui gambar yang dikongsi laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah County, insiden berlaku di lebuh raya I-10.
Berikutan, lebuh raya terbabit disambar kilat, serpihan jalan sebesar pinggan makan tercampak ke bahagian hadapan trak tersebut.
Dalam kelajuan pemanduan di lebuh raya, kerosakan agak teruk tetapi mereka bernasib baik apabila ia terpelanting di bahagian tengah cermin berkenaan.
Dengan impak yang kuat, serpihan tersebut melantun sehingga bahagian cermin belakang.
Kedua mangsa yang mengalami kecederan dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapat rawatan. – carbuzz
- BACA: THE BIG RED, LORI BERENJIN TURBIN HASIL USAHA FORD
- BACA: FORD MUSTANG KERETA SPORTS PALING LARIS DI DUNIA PADA 2020
- BACA: JIMAT SEHINGGA RM8,000 UNTUK PEMBELIAN FORD RANGER RAPTOR DAN WILDTRAK 2020
- BACA: FORD TERJUMPA KULIT BERNILAI RM414,650 KETIKA MENGEMAS BASEMENT. SUMBANG PADA PENIAGA TEMPATAN