Artikel Pilihan

THE BIG RED, LORI BERENJIN TURBIN HASIL USAHA FORD

Enjin turbin merupakan enjin yang biasa digunakan dalam aplikasi ketenteraan termasuklah kereta kebal, helikopter, dan kapal terbang. Tapi Ford yakin bahawa masa depan automotif pada 1950an ialah dengan menggunakan enjin turbin. Lalu mereka mengambil masa 20 tahun melakukan eksperimen ini dan hasilnya ialah sebuah lori berkuasa turbin dengan 600 kuasa kuda

Dengan nama Big Red, lori ini merupakan sebuah prototaip yang dibina pada tahun 1964 telah beberapa kali merentas benua Amerika bagi menunjukkan keupayaan lori ini. Projek ini merupakan satu projek usahasama antara Ford fan juga Jabatan Pertahanan Amerika

Berbeza dengan enjin diesel, enjin turbin ini sangat senyap, kurang bergegar, menghasilkan pencemaran yang kurang berbanding diesel, dan menghasilkan tork yang tinggi pada RPM yang rendah. Disebabkan enjin ini besar dan berat, Ford memberi fokus kepada aplikasi lori sahaja dimana Big Red adalah prototaip utama

Salah satu cabaran enjin turbin ialah ia beroperasi pada RPM yang tinggi, sekitar 75,000 RPM dan menghasilkan suhu sehingga 950 darjah Celcius menjadikan aplikasinya pada kereta biasa sangat sukar. Kerangka enjin turbin ini dihasilkan dari campuran aloi yang sukar ditemui dan tahan pada suhu tinggi

John Stopa, antara penjaga Big Red ketika dalam simpanan Ford. Gambar diambil ketika John melawat Big Red dalam proses restorasi

Big Red memiliki panjang keseluruhan 30 meter dan ketinggiannya mencecah 4 meter. Prototaip ini dilancarkan pada tahun 1964 bersama-sama dengan 2 trailer di bahagian belakang. Dengan berat 77,000kg ia berupaya dipandu pada halaju 115km/j

Dengan tangki bahan api sebesar 1000 liter, Big Red boleh dipandu sejauh 1000km tanpa masalah dengan purata penggunaan bahan api 1liter per kilometer. Antara ciri yang ada pada Big Red ialah kabin keluli yang direka dengan aerodinamik serta menggunakan suspensi udara untuk keselesaan

Selain dari itu, cermin depan direka dengan besar bagi memudahkan pemandu mendapat jarak penglihatan yang baik. Pintu dan tangga boleh dioperasikan dengan menggunakan butang. Ia juga lengkap dengan peti ais mini, oven pemanas makanan, sistem simpanan air panas dan sejuk serta tandas.

Sekiranya ingin berehat, kusyen di sebelah pemandu boleh dijadikan tempat tidur dan terdapat satu skrin TV di atas ruang kepala. Ford merancang untuk memasarkan lori ini, namun akta pencemaran udara pada tahun 1970an yang memberi ruang pada semua wilayah Amerika menentukan undang-undang pencemaran udara menyukarkan Ford memenuhi regulasi tersebut

Ini menyebabkan Ford menghentikan program Big Red serta memperlahankan rentak mereka dalam aktiviti perlumbaan. Big Red membuat kemunculan terakhir di pameran automtif Atlanta pada tahun 1970. Bagi menyertai dewan pameran, Big Red perlu mengeluarkan semua cecair dan minyak enjin dan semua cecair dan pelincir perlu diletakkan semula sebelum enjin dihidupkan

Malangnya pemandu Ford ketika itu terlupa dan enjin Big Red sepenuhnya semasa proses menghidupkan enjin turbin tanpa sebarang pelincir. Ford meminta bantuan Holmann&Moody iaitu pasukan perlumbaan kontrak mereka untuk menggunakan fasiliti mereka untuk simpanan sementara. Namun Ford terus melupakan Big Red sehinggalah pada tahun 1978

Selepas 8 tahun tersadai di garaj, Ford bergaduh dengan Holmann&Moody selepas Ford gagal memenuhi kontrak perjanjian dan menghentikan semua program perlumbaan. Ford juga enggan membayar bayaran seperti yang ditulis dalam kontrak. Sebagai timbal balas, semua barang kepunyaan Ford di garaj Holman&Moody termasuklah lori Big Red dan trailer menjadi milik mereka.

Big Red dijual kepada seorang peminat misteri yang tidak mahu mendedahkan identitinya. Pemilik misteri ini sanggup bersusah payah membeli Big Red, mencari semua komponen asal dari Ford, mencari semua jurutera dan juruteknik Ford bagi membaik pulih semula enjin turbin dengan no siri 705 pada keadaan asal. Proses restorasi ini mengambil masa sehingga 2 tahun

Big Red ketika selesai proses restorasi

Selepas siap, Big Red disimpan di premis pemilik misteri tadi yang sehingga sekarang enggan dikenali. Ya kalau dag popular, bayangkan satu benua Amerika datang ke rumah semata-mata nak tengok Big Red. Tak ke menggangu kehidupan peribadi pemilik. Dia juga mendakwa kali terakhir enjin turbin ini dihidupkan ialah pada tahun 2000

Satu lagi isu ialah enjin turbin 705 ini dihasilkan dari aloi yang sangat sukar ditemui dan dihasilkan secara sintesis dalam makmal. Jurutera asal, syarikat asal Ekor lori atau trailer pula telah dibeli oleh Bardahl Racing Team dari Hollman&Moody untuk dijadikan trailer mengangkut jentera perlumbaan. Satu lagi trailer masih lagi gagal dijejaki sehingga hari ini

Nah layan video ini sebelum berbuka

Google ads
Back to top button