Artikel Pilihan

RODA STERING F1 MEMANG SANGAT KOMPLEKS. BUTANG PUN BANYAK

Satu set roda stering F1 berharga lebih kurang 70,000 USD ataupun lebih kurang RM 288,785. Cukup untuk beli sebuah rumah di bandar. Mungkin nama roda stering agak ganjil kerana ia tidak bulat seperti stering kereta biasa, tapi berbentuk separa bulatan. Jadi disebabkan tak boleh ziarah aidilfitri pada tahun ini, mari kita sembang pasal stering F1

1. Unit stering ini dihasilkan daripada karbon fibre dengan grip yang dihasilkan daripada silikon untuk kawalan yang bagus. Ia dilengkapi dengan pelbagai butang dan skrin bagi membolehkan pemandu F1 membuat perubahan pada jentera ketika perlumbaan

2. Unit stering ini boleh dibuka dari stering column untuk memudahkan pemandu keluar dari jentera dan memasuki semula jentera. Proses membuka dan memasang semula unit stering ini mesti boleh dilakukan dalam masa kurang 5 saat.

3. Unit paddle shift membenarkan pemandu menurunkan gear, namun pemandu perlu menurunkan satu demi satu gear dan pemandu tak boleh lompat gear. Contohnya dari gear 5 mesti turun ke gear 4 dulu sebelum ke gear 3.

4. Rekaan butang dan bentuk unit stering ini dihasilkan berdasarkan input yang diberikan oleh pemandu berdasarkan penaglaman pemanduan di litar. Jurutera akan cuba memenuhi rekaan berdasarkan maklumat pemandu ini. Biasanya terdapat 2 set unit stering dan 1 set unit stering untuk eksperimen

5. Jurutera perlu memastikan butang-butang ini boleh digunakan oleh pemandu dengan menggunakan ibu jari sahaja dan mengambil kira gangguan getaran yang dihasilkan oleh jentera ketika dipandu laju. Manakala bahagian yang digenggam direka khas dengan saiz tapak tangan pemandu

6. Strat Switch digunakan untuk menetapkan mode enjin ketika perlumbaan. Ada mode kuasa untuk mengejar, mode mempertahankan kedudukan dan juga mode untuk enjin bertahan sehingga tamat perlumbaan

7. Suis Pit Lane Speed Limiter akan menghadkan halaju jentera kepada 80km/j atau 60km/j ketika memasuki pit atas sebab keselamatan. Kegagalan pemandu mematuhi arahan halaju boleh menyebabkan mata perlumbaan dipotong

8. Butang TALK membolehkan pemandu mewujudkan komunikasi 2 hala dengan pasukan mereka di pit sekiranya pemandu menghadapi masalah ketika berlumba

9. Suis ROTARY digunakan oleh pemandu bagi mengubah tetapan pada sistem differential samaada di bahagian depan atau belakang. Perubahan kecil ini akan membantu weight transfer berlaku dengan lancar, menjadikan kereta oversteer atau understeer

10. Butang NEUTRAL akan diaktifkan sebaik sahaja kereta habis menjalani sesi perlumbaan. Jika ditekan cukup dalam satu sela masa, ia akan mengaktifkan gear mengundur atau REVERSE

Anda boleh tonton video di bawah untuk penerangan lanjut.

Google ads
Back to top button