Buletin

TESLA GANTUNG PILIHAN BAYARAN GUNA BITCOIN

Tidak lama dahulu, Tesla menjanjikan para pelanggan berupaya membeli salah satu produk jenama terbabit menggunakan kaedah pembayaran Bitcoin.

Bagaimanapun, ia tidak kekal lama apabila CEO Tesla, Elon Musk mengumumkan penggantungan bayaran menggunakan kaedah tersebut untuk Model S dan produk lain syarikat terbabit.

Sebab penggantiungan itu? Kelestarian.

Dalam ciapan Twitter, Musk memberitahu syarikatnya mengambil berat berhubung peningkatan penggunaan bahan api fosil untuk perlombongan dan urus niaga Bitcoin terutamanya arang batu yang mempunyai pelepasan bahan bakar terburuk.

Beliau jelas tidak mempunyai masalah dengan matawang kripto kerana melihat potensi yang besar pada masa hadapan.

Begitupun, ia bagi memastikan urus niaga pembelian produk Tesla adalah untuk kebaikan alam sekitar.

Justeru, tidak hairan jika satu hari nanti Musk membangunkan matawang kripto sendiri.- carbuzz

Google ads
Back to top button