FORD MUSTANG KERETA SPORTS PALING LARIS DI DUNIA PADA 2020
Ford Mustang mengukuhkan penguasaannya dalam pasaran kereta sports pada tahun 2020 dengan menjadi model paling laris dalam segmen itu di dunia untuk enam tahun berturut-turut.
Menurut data IHS Markit, Mustang mewakili 15.1 peratus pasaran kereta sports, naik daripada 14.8 peratus pada tahun 2019.
“Peminat Mustang sukakan kereta berprestasi tinggi mereka dan membuktikannya sekali lagi tahun lalu. Walaupun industri automotif berdepan cabaran getir akibat penularan wabak COVID-19, Mustang tetap berupaya menunjukkan prestasi terbaik dengan meningkatkan penguasaan dalam segmen kereta sports global,” kaa Ketua Platform Produk Ford, Hau Thai-Tang.
Walaupun pasaran kereta sports global berkembang, 2020 masih menjadi tahun yang sukar. Awal tahun lalu, Ford melaporkan ia berjaya menjual 61,090 unit Mustang pada tahun 2020.
Sebagai perbandingan, jualan Mustang pada 2019 ialah 72,489 unit, perningkatan sebanyak 15 peratus.
Angka itu penting kerana pengguna di Amerika mewakili tiga perempat jualan Mustang di seluruh dunia pada tahun lalu. Texas, California dan Florida menjadi pasaran utama Mustang di Amerika. Manakala jualan di negera Eropah seperti Hungary, Belanda dan Denmark turut mencatat kenaikan.
2020 juga menjadi tahun yang signifikan terhadap Mustang edisi khas. Jualan model Shelby dan Bullit naik 52.7 peratus.
- BACA: MUSTANG HILANG KAWALAN DI LEBUH RAYA. HANDLING ATAU SKILL PEMANDU YANG KE LAUT?
- BACA: SPRM SITA HELIKOPTER PERSENDIRIAN, PORSCHE, MUSTANG, MCLAREN DAN KAPAL MEWAH MILIK KETUA SINDIKET TENDER KERAJAAN
- BACA: BARU SEMINGGU BELI, MUSTANG V8 EDISI TERHAD HANCUR LANGGAR TIANG ELEKTRIK
- BACA: PEMILIK FORD MUSTANG MACH-E TERIMA UGUTAN DARIPADA FANBOY TESLA