Buletin

FORD TERJUMPA KULIT BERNILAI RM414,650 KETIKA MENGEMAS BASEMENT. SUMBANG PADA PENIAGA TEMPATAN

Ford telah menemui kulit bernilai AS$100,000 (RM414,650) dan mengambil keputusan untuk menyumbang produk tersebut kepada dua perniagaan tempatan.

Krew pembersihan menjumpai dua palet kulit dengan warna Ebony, Cashmere dan King Ranch Red yang disumbangkan kepada dua perniagaan di Detroit, Amerika Syarikat iaitu Mend on the Move serta Pingree Detroit.

Sumbangan berkenaan meraih perhatian sehingga memberi kesan positif terhadap jualan kedua-dua syarikat terbabit.

Kulit tersebut ditemukan ketika Ford sedang membersihkan pusat pengembangan produknya.

Bangunan itu dibersihkan untuk proses pemusnahan bangunan bagi member laluan kepada pembinaan kampus syarikat pada masa hadapan.

Ia digunakan pasukan pembangunan untuk mereka kemasan dalaman bagi prototaip dan kenderaan baharu.

Menurut Detroit Free Press, sejak Ford mengumumkan sumbangan tersebut, kedua-dua perniagaan berkenaan dibanjiri pesanan daripada orang ramai. – carscoops

Google ads
Back to top button