Buletin

MODENAS SUMBANG PERALATAN ELEKTRIK KEPADA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR

MODENAS baru-baru ini tampil membantu wira barisan hadapan yang bertugas tanpa mengira penat-lelah di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.

Ketika banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan individu memberi tumpuan terhadap situasi Covid-19 di hospital-hospital sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, MODENAS tidak mahu ketinggalan.

Justeru, MODENAS mahu melaksanakan misi kemanusiaan bagi meringankan beban para anggota petugas hospital yang bertungkus-lumus memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang sedang melanda di kawasan utara negara ini.

“Hari ini, MODENAS dan kakitangan telah menyumbangkan barangan elektrik yang diperlukan oleh Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Antaranya termasuklah kipas, cerek elektrik serta air mineral dengan harapan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada kakitangan hospital.

“Sumbangan yang tidak seberapa ini adalah tanda penghargaan kami kepada para doktor, jururawat, sukarelawan, pembantu perubatan dan pegawal keselamatan.

“Ini sememangnya satu pengorbanan yang besar. Mereka terpaksa meninggalkan anak dan keluarga demi keselamatan negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Google ads
Back to top button