Buletin

LEAPMOTOR HADIR DI 1 UTAMA MELALUI POP-UP STORE EKSKLUSIF CYCLE & CARRIAGE

Pengunjung 1 Utama kini berpeluang mengenali jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) yang sedang meningkat naik dari China, Leapmotor, menerusi pop-up store eksklusif anjuran Cycle & Carriage yang dibuka mulai 1 Ogos hingga 20 Oktober 2025.

Terletak di Lot G318, Aras G (Luxe Floor), 1 Utama Shopping Centre (New Wing), ruang pameran seluas 1,184 kaki persegi ini menawarkan pengalaman mendalam kepada orang ramai untuk mengenali barisan model terkini dan akan datang daripada Leapmotor, termasuk SUV utama Leapmotor C10.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short, pembukaan pop-up store ini adalah kesinambungan daripada pelancaran Leapmotor di cawangan George Town, Pulau Pinang, pada April lalu.

“Langkah kami bekerjasama dengan Stellantis bagi membawa jenama seperti Leapmotor dan PEUGEOT membuka peluang untuk mendekatkan lagi jenama-jenama ini kepada orang ramai.”

“Pop-up store ini memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai sendiri keunikan produk melalui pendekatan yang lebih interaktif dan mesra pengguna,” katanya.

Sepanjang tiga bulan berlangsungnya pameran ini, sesi uji pandu untuk Leapmotor C10 akan ditawarkan setiap hujung minggu dan cuti umum, di samping pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Cycle & Carriage turut menawarkan promosi eksklusif bagi 31 tempahan terawal di pop-up store ini, melibatkan semua model Leapmotor dan PEUGEOT, termasuk faedah tambahan yang menarik.

Pop-up store ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Cycle & Carriage untuk memperluaskan akses kepada jenama-jenama baharu yang progresif.

Google ads
Back to top button