Artikel Pilihan

LEXUS LBX DENGAN ENJIN 3 SILINDER DARI GR YARIS, UNTUK TAS 2024

Sempena pameran TAS 2024, Lexus telah meletakkan enjin yang sama digunakan oleh GR Yaris dan GR Corolla pada sebuah crossover milik mereka iaitu Lexus LXB. Crossober ini merupakan varian premium kepada Yaris Cross dan dimuatkan dengan enjin G16E-GTS yang menjana 300 kuasa kuda

Lexus LXB dilancarkan pada tahun lepas dan lebih kecil berbanding dengan Lexus UX turut menggunakan transmisi  Gazoo Racing Direct Automatic Transmission dengan 8 ratio pendek untuk prestasi sporti. Sama seperti varian prestasi tinggi lain, Lexus LXB turut menerima nama Morizo iaitu nama samaran Akio Toyoda di litar perlumbaan

Walaupun enjin G16E-GTS turut ditawarkan dalam varian manual 6 kelajuan, Lexus LXB Morizo yang dihasilkan sempena TAS 2024 hanya dihasilkan dalam varian automatik sahaja. Sama seperti GR Yaris dan GR Corolla, kereta konsep Lexus LXB Morizo ini dipadankan dengan sistem pacuan semua roda sahaja

Antara perbezaan lain yang turut dibuat pada Lexus LBX Moriz ini termasuklah kedudukan yang lebih rendah dengan permukaan jalan, sistem suspensi yang lebih tegar, rim 19 inci, kit badan yang lebih lebar dan tayar bersaiz 235/45 R19.

Sistem gantungan pada roda depan kekal dengan Topang McPherson, sistem gantungan double wishbone di belakang serta brek cakera pada semua roda. Kemasan luar kenderaan juga diselitkan dengan calitan cat berwarna kuning yang menyerlah yang sama digunakan pada kebanyaka jentera Akio Toyoda

Sebagai perbandingan, Lexus LBX uang biasa hanya dihasilkan dengan enjin M15A-FXE 3 silinder dengan sistem hibrid yang menjana 134 kuasa kuda dan 184Nm tork. VArian ini hanya ditawarkan dengan transmisi e-CVT dengan semua kuasa dihantar ke roda depan sahaja

Buat masa ini Lexus tidak meletakkan sasaran untuk menghasilkan varian LBX Morizo ini secara besar-besaran sebaliknya ia kekal sebagai kereta konsep untuk menilai respon pengguna dan juga media.

Google ads
Back to top button