Buletin

LEXUS LC COUPE JADI ‘KELUARGA’ POLIS TOCHIGI. ADA BERANI NAK LARI?

Lexus LC Coupe merupakan jentera coupe sport mewah cukup menakjubkan. Begitupun, ia tidak pernah digunakan sebagai kereta polis sehingga hari ini.

Di Jepun, coupe mewah ini telah bergabung sebagai ‘keluarga’ Jabatan Polis Prefectural (Pengawasan) Tochigi.

Ya, ini merupakan pasukan polis yang sama memiliki jentera peronda power seperti Nissan GT-R, Honda NSX dan Nissan Skyline R34.

Jentera berkenaan disumbangkan oleh Eksekutif syarikat Lexus Kazuo Nakamura kepada pihak polis terbabit.

“Saya ingin pasukan menggunakan kenderaan ini sebaik mungkin dalam membendung kemalangan lalu lintas,” kata Nakamura ketika menghubungi pihak polis pada tahun lalu.

Dia juga dilaporkan menyumbang GT-R kepada Jabatan Polis berkenaan.

Kereta polis LC ditugaskan ke Unit Lalu Lintas Bergerak dan digunakan di jalanan untuk membantu mengurangkan kemalangan lalu lintas serta kenderaan yang cuba melarikan diri daripada melakukan kesalahan lalu lintas.

Selain itu, ia juga akan digunakan sebagai mempromosi acara dan diserahkan kepada jabatan polis dalam satu majlis ringkas.

Rekaan Lexus LC sudah menyerlahkan sisi sporty malah kelihatan semakin mantap dan padu apabila dipadankan warna hitam putih bersama lampu merah di atas bumbung.

Proses modifikasi Lexus LC bertukar menjadi jentera polis menelan belanja kira-kira AS$164,800 (RM683,013).

Di bawah hud, ia mendapat khidmat enjin V8 5.0 liter yang mampu menjana 471 hp dan tork 398 dengan transmisi automatic 10 kelajuan.

Coupe sport ini mampu memecut 0-99.7 km/j dalam masa 4.4 saat dan mencecah kelajuan maksimum sehingga 168 km/j.

Jika sesiapa ingin lari dari kesalahan lalu lintas di Tochigi memang cari nahas. – carbuzz

Google ads
Back to top button