Motosikal

KTM 390 ADVENTURE DIBUKA UNTUK TEMPAHAN. HARGA BERMULA RM30K?

Nampaknya, peminat KTM akan dihidangkan dengan satu lagi model baharu apabila laman Facebook KTM Premium Kuala Lumpur mengumumkan bahawa tempahan untuk KTM 390 Adventure sudah dibuka. 

Tidak banyak maklumat yang dikongsikan. Cuma yang diberitahu anggaran harganya bermula RM30,000 ke atas dan bakal dilancarkan pada Oktober atau November 2020. 

KTM 390 Adventure melakukan debut pada acara EICMA 2019 dan menerima maklum balas berbeza daripada orang ramai.

Ramai yang mempersoalkan reka bentuk pelik terutama utamanya. Jentera tersebut dibina di atas model 390 Duke yang dikuasakan oleh enjin satu selinder bersesaran 373cc. 

Enjin empat lejang itu berupaya menawarkan kuasa sekitar 43hp dan tork 37Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 6-kelajuan bersama slipper clutch. 

Sama seperti model-model KTM yang lain, 390 Adventure menggunakan kerangka jenis trellis yang ringan dan teguh.   Kerangka itu juga menjanjikan dinamik pengendalian yang sememangnya disukai oleh pemilik jentera KTM. 

Bagi membuatkan motosikal kembara ini lebih premium, KTM memasang paparan TFT bersama ketersambungan Bluetooth. Di samping satu port pengecasan, bar hendal aluminimum, crash bar, skid plate, pelindung tangan, brek ByBre serta suspensi WP. 

Google ads
Back to top button