Buletin Khas

LEXUS UX – SUMBAT SEMUA TEKNOLOGI PADU

Anda ada duit, tapi jenama mewah buatan Eropah tidak menggentarkan tulang rusuk anda. Samaada ia hilang identiti dalam rekaan dengan mengambil inspirasi lubang hidung badak ataupun ia hilang identiti dalam falsafah produk itu sendiri. Pembeli mahukan kereta yang selesa, rekaan yang meruntun jiwa dan teknologi sama dengan kapal angkasa NASA.

Jadi kami akan ulas apakah teknologi baru yang diperkenalkan pada Lexus UX, sebuah crossover kecil molek dengan rekaan seperti sebuah kereta kompak. Sesuailah dengan nama yang diberikan iaitu Urban Explorer.

1. SUV yang bagus mestilah datang dari kerangka yang bagus. UX dihasilkan daripada platform atau cesi Global Architecture – Compact (GA-C) yang menekankan penggunaan keluli ketegangan tinggi, digandingkan dengan perekat kekuatan tinggi dan teknlogi cantuman logam dengan menggunakan laser.

Ia menghasilkan struktur dengan ketegaran tinggi, ringan, mempunyai pusat graviti yang rendah dan sistem suspensi double wishbone pada bahagian belakang yang selesa namun melekat di selekoh

2. Cesi ini digandingkan dengan sistem suspensi McPherson di bahagian depan dan double wishbone pada bahagian belakang. Perhatian yang rapi diberikan pada rekaan trailing arm agar UX tidak mengalami fenomena dive ketika membrek.

Khas untuk variab F Sport ialah Adaptive Variable Suspension yang akan melaras sistem suspensi untuk permukaan jalan yang tidak rata dan mengurangkan olengan cesi ketika melalui selekoh.

3. UX menggunakan enjin 4 silinder 2000cc yang menghasilkan 169 kuasa kuda. Enjin dengan kod M20A-FKS menggunakan teknologi VVT-iE pada injap kemasukan dan VVT-i pada bahagian ekzos. Dengan nisbah mampatan setinggi 13:1, enjin ini mampu mencapai kecekapan termal setinggi 40%.

Seliter petrol membolehkan kereta ini dipandu sejauh 16.1 km/liter

4. Unit transmisi yang digunakan oleh UX adalah berasaskan transmisi CVT 10 kelajuan namun yang istimewanya ialah ia menggabungkan gear mekanikal untuk memulakan perjalanan yang dinamakan Direct-Shift CVT. Apabila UX sudah bergerak, gear mekanikal akan memindahkan kuasa kepada transmisi CVT.

Jadi pecutan awal UX adalah kuat dan penukaran gear pada RPM yang tinggi adalah lancar. Sistem ini juga tidak membebankan transmisi CVT, menghasilkan rekaan yang lebih kompak dan ratio yang lebih banyak. Dalam keadaan pecutan agresif, sistem CVT akan menukar gear sama seperti gear auto yang biasa bagi menghasilkan lebih sensasi pemanduan

5. Rekaan Aerodinamik Lexus UX dikuatkan lagi dengan beberapa ciri tambahan yang diperkenalkan. Sebagai contoh penutup plastik pada bahagian perumah tayar, rekaan lampu depan, rekaan lampu belakang yang berlekuk dan juga rekaan rim bersaiz 17 inci dibuat agar pengaliran udara adalah lancar bagi mengurangkan daya angkatan (lift force) ketika UX dipandu laju

6. Rekaan dalaman Lexus UX adalah gabungan penggayaan moden dan dikemaskan dengan kualiti seni halus Jepun sebagai bahan utama. Papan pemuka dibalut dengan tekstur kertas yang dikenali dengan Washi yang banyak digunakan pada rumah tradisional Jepun.

Kusyen pula dibalut dengan kulit dengan dengan teknik shashiko quilting untuk bahagian jahitan. Teknik ini memerlukan 10 jahitan dibuat dalam 1 inci dan memerlukan tukang atau Takumi yang amat mahir dalam proses jahitan.

7. Bagi menghasilkan unsur rekaan moden, paparan meter UX F SPORT 8-inci adalah unik, dan mempunyai ciri ‘meter bergerak’ yang diilhamkan dari model LFA dan LC500 . Pemandu boleh memilih paparan yang sesuai dengan menggunakan butang kawalan pada roda steering. Bagi memudahkan pemandu fokus pada jalan, varian F-Sport ditawarkan dengan cir Head Up Display.

8. Corong penyaman udara menggunakan rekaan knob tunggal bagi mengawal arah laluan udar sejuk. Bagi memudahkan pemandu menggunakan corong penyaman udara ini pada waktu malam, ia dipasang dengan lampu LED sebesar 3mm. Tapi ia disambungkan dengan kuasa elektrik secara induksi, bukannya dengan pendawaian.

9. Selain dilengkapi dengan cesi kukuh dan dilindungi dengan 8 beg udara, UX juga datang dengan pakej keselamatan Lexus Safety System+ yang merangkumi Pre-Collision System, Dynamic Radar Cruise Control, Lane Tracing Assist dan juga Adaptive High Beam System

Lexus UX juga lengkap dengan sistem amaran titik buta, Sistem Lintasan Amaran Belakang, Paparan Panaromik dan juga Active Cornering Assist yang akan mengawal kereta daripada mengalami undertseer.

10. Bargantung pada varian, Lexus UX menggunakan 8 pembesar suara dengan rekaan dalam diaphragms dihasilkan daripada pokok buluh. Tujuannya ialah untuk mengurangkan berat dan menghasilkan bunyi yang lebih realistik. Kedudukan pembesar suara disusun agar ia menghasilkan bunyi seperti anda mendengar konsert.

Bagi varian F Sport, ia dipasang dengan Active Sound Control yang akan mengumpul bunyi yang dihasilkan oleh enjin untuk dihantar ke kabin bagi menghasilkan sensasi pemanduan yang lebih meransang deria anda.

2018.02.20

11. Lexus US menekankan keselesaan pemanduan sangat sesuai untuk pemanduan bandar dan juga laluan berselekoh. Radius pusingan hanya 5.2 meter memudahkan ia mencelah jalan raya yang sibuk dan proses parkir dilakukan dengan pantas.

Di laluan berselekoh sistem Active Cornering Assist akan membantu pemandu melalui selekoh dengan mudah apabila ia mengurangkan kesan understeer dengan memberi kuasa brek pada tayar di sebelah dalam. Dibantu dengan titik pusat graviti yang rendah, Lexus UX akan menawarkan pengalaman pemanduan sporti dan mewah.

12. Tidak cukup dengan kemasan dalaman serba mewah, Lexus UX turut menawarkan ciri lain seperti Pengecas Telefon Pintar Tanpa Wayar, Sistem Navigasi Pintar, Pintu Ruang Kargo dengan Pengesan Kaki, Sistem Audio dengan sambungan Apple CarPlay dan juga Android Auto.

Bercakap tentang sistem audio, akses kepada sistem boleh dibuat menerusi Remote Touch Interface yang berfungsi menerima arahan menerusi Pad Sesentuh yang dipasang di sebelah tombol gear.

13. Dengan semua ciri menarik ini Lexus UX ditawarkan dengan 3 varian berbeza pada harga yang cukup kompetitif. Lexus UX 200 ditawarkan dengan 3 varian berbeza mengikut citarasa anda iaitu UX 200 Urban pada harga RM 243,888, UX 200 Luxury pada harga RM 283,888 dan UX 200 F Sport pada harga RM 299,888.

Mana satu pilihan anda?

Google ads
Back to top button