Buletin

LEXUS LM MAHAL SANGAT? MUNGKIN LEXUS/TOYOTA SIENNA SESUAI UNTUK ANDA

Tahun lalu, Lexus mula menyertai segmen MPV menerusi model Lexus LM. MPV mewah itu dibina berasaskan kepada model Alphard yang sememangnya sangat popular di pasaran Asia. 

Alphard yang sudah sedia mewah itu ditingkatkan lagi oleh Lexus LM dengan ruang kabin luas dan elegan. Buat masa sekarang, LM sudah pun ditawarkan di pasaran China dan Thailand. 

Namun, jika anda kurang berminat denga LM kerana saiznya yang besar, jangan risau. Ini keranan akaun Instagram Sugardesign membuat rendering yang menukar Toyotsa Sienna menjadi sebuah MPV lLexus yang lebih kecil. Mengambil rekaan bdan Sienna yang sudah sedia cantik, perubahan paling ketara ialah penggunaan wajah Lexus pada bahagain hadapannya. 

Spindle grill yang lebar dipadankan bersama sepadang lampu utama LED nipis. Tiang sisi diwarnakan hitam untuk memberi ilusi bumbung yang terapung. 

Berbeza dengan LM, model itu nampaknya mempunyai perkadaran yang lebih menarik buat mereka yang mahukan sebuah MPV mewah bersaiz sederhana. Apa pun, ini hanya sekadar imej render, bukannya Lexus akan buat pun.

Tags
Google ads
Back to top button