Buletin

RV XPRO ONE GANAS DAN RUGGED.INSPIRASI DARIPADA ASET TENTERA

Xpedition Pro telah mendedahkan kenderaan rekreasi (RV) yang menampilkan rekaan rugged dikenali sebagai XPro One.

RV yang dibangunkan berdasarkan Iveco Daily 4×4 itu ditawarkan dalam tiga model jarak roda iaitu 3400, 3780 dan 4175 mm.

Kalau diperhatikan model terbaharu berkenaan, ia menampilkan rekaan rugged yang mendapat inspirsasi daripada aset tentera seperti jet pejuang, dron dan kereta kebal.

XPro One menawarkan rekaan gabungan permukaan rata dipadankan dengan sudut tajam terutama pada bahagian belakang.

Selain itu, ia dilengkapi lampu tambahan, rel bumbung dan rim 17 inci dibaluti tayar off-road,gril gas boleh ditarik, awning dan beberapa ruang simpanan.

Walaupun, bahagian luaran kelihatan agak ‘ganas’ tetapi ruang kabin boleh dikatakan sangat selesa.

RV berkenaan menawarkan ruang tidur pada bahagian hadapan dan ruang makan di belakang malah boleh diubah menjadi katil untuk dua orang.

Bukan itu sahaja, jentera tersebut turut dilengkapi peti sejuk, bilik air, pemanas diesel, dapur memasak dan dua tangki air berkapasiti 200 liter.

XPro One juga direka untuk menampung panel solar malah didakwa mampu menyokong tiga orang sehingga 10 hari tanpa sebarang sumber luaran.

Bagaimanapun, syarikat pengeluar masih belum mendedahkan harga jualan bagi RV terbaharu itu. –carscoops

Google ads
Back to top button