Artikel Pilihan

CHEVROLET CAMARO CAMPER – KEMBARA BUJANG DENGAN JIWA KELAJUAN

Camper van memang makin ramai peminat di Malaysia. Ramai yang acah-acah nak jadi Amirikaa dengan mengembara bersama keluarga menggunakan camper van ataupun RV. Nak beli memang agak mahal jadi ramai yang memilih untuk menyewa. Idea camper van walaupun kedengaran agak menarik tapi ia bukan pilihan kami. Sebab apa? Sebab kami lagi suka cari tandas kat masjid ataupun stesen-stesen minyak sewaktu mengembara.

Tak kisahlah sebab itu pilihan masing-masing. Bagi korang yang minat dengan kenderaan camper tapi belum berkeluarga, ini mungkin pilihan yang menarik; Camaro camper. Kereta sport tapi lengkap dengan ciri-ciri. Tandas je tak ada tapi nak buang air kecil ok je (untuk lelaki je rasanya ni).

Jejaka dalam pautan video ini berkongsi pengalaman beliau berkelana menggunakan Chevrolet Camaro camper. Sebelum ini beliau pernah menggunakan van Sprinter dan SUV yang juga diubahsuai sebagai camper. Agaknya beliau suka memandu laju kot. Tapi jangan bimbang dengan rupa paras camper ini sebab tiada sebarang perubahan dari segi luaran.

Camaro ini lengkap dengan kemudahan dapur untuk memasak, paip air dengan sinki kecil, periuk nasi seramik dan storan untuk peralatan memasak. Yang tak ada cuma peti ais je sebab masalah ruang. Tapi setakat nak masak stik tu boleh je pandu terus ke kedai serbaguna dan masak kat tempat pakir. Ye lah, kereta ni pun dah macam rumah.

Okey ruang rehat memang agak terhad. Mana muat nak letak sofa dalam kereta kan? Tapi ada je sebuah tempat duduk untuk bersantai sampil melayari internet. Lampu LED rechargeable digunakan untuk pencahayaan selain jam Bluetooth yang juga dilengkapi speaker. Ada juga beberapa ruang storan rahsia untuk kegunaan pemilik.

Nak tidur? Boleh je tapi tempat tidur ni memang dah disesuaikan dengan ketinggian dan saiz badan pemilik. Kalau dia jadi gemuk lepas ni memang sahih tak muat dah nak baring. Korang tengok sendiri kat video macam mana gaya beliau tidur. Memang kena terlentang atau meniarap je ni.

Okey dah namanya camper kena la ada sumber kuasa lain kan? Camaro ini dilengkapi dengan panel solar di bahagian bumbung yang mampu membekalkan 1,000 watt kuasa. Lebih dari mencukupi untuk kegunaan memasak. Ia juga mempunyai bateri cas semula yang juga dicas dengan panel solar.

Macam kami bagi tahu tadi, nak buang air kecil tak ada masalah sebab boleh guna tabung yang macam kat hospital tu tapi kalau nak mandi dan buang air lagi satu kenalah pergi tempat lain. Macam pemilik ni beliau memiliki keahlian gymnasium, jadi masa nil ah nak guna betul-betul.

Macam mana? Tak rasa nak convert kereta korang jadi camper ke? Kalau dah buat jangan lupa bagitahu kami.

Google ads
Back to top button