Buletin

LEPAK DALAM RV SELAMA 48 JAM DI HUTAN TANPA PERANTI ELEKTRONIK. DAPAT AS$1,000!!!

Penyedia perkhidmatan internet satelit menawarkan AS$1,000 (RM4,167) kepada sesiapa yang sanggup detox digital di alam semula jadi tanpa sebarang peranti elektronik.

Syarikat berpangkalan di Salt Lake City, Amerika Syarikat itu berkata, calon pemohon akan dipilih secara rawak bagi Cabaran Detox Digital ini.

“Individu terpilih bakal menerima AS$1,000 (RM4,167) tetapi perlu duduk dalam Recreational Vehicles (RV) selama 48 jam.

“Begitupun, calon tersebut akan ditempatkan di Taman Negara Amerika Syarikat tanpa sebarang perkhidmatan telefon dan internet,” katanya.  

Selain hadiah wang tunai, syarikat berkenaan turut memperuntukkan perbelanjaan kos sewa RV selama dua hari kepada calon bertuah.

“Kita juga akan menyediakan hotspot Internet pada penghujung 48 jam untuk pemenang berkongsi pengalaman tersebut dalam online.

“Pertandingan terbuka kepada mereka berumur 25 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu sah serta berkelayakan bekerja di AS. Pemenang akan diumumkan pada 23 September ini,” katanya. – agensi.

Google ads
Back to top button