Artikel Pilihan

LORI ISUZU AUTOMATIK

Beberapa hari lepas, penulis sempat memandu uji sebuah lori Isuzu NPR 150 dengan keupayaan membawab beban sehingga 7500kg. Lori ini dikuasakan dengan enjin 5200cc dengan kod 4HK1-TC 4 silinder turbo disel. Ia berupaya untuk menghasilkan tork maksima 404Nm pada 1500-2600 RPM dan 150 kuasa kuda pada 2600 RPM. Dah nama pun lori untuk angkat berat, tork mesti tinggi.

This image has an empty alt attribute; its file name is nlr130npr150-performance-03.jpg

Tapi yang istimewanya model ini ialah terdapat satu varian yang dipanggil “Smoother” yang menggunakan transmisi automatik 6 kelajuan. Malah operasinya juga mirip dengan operasi kereta automatik yang biasa. Namun dari segi istilah teknikal ia merupakan transmisi manual yang diautomatikkan atau bahasa mudahnya Automated Manual Transmission.

Malah pedal klac pun tidak wujud dan lori ini hanya beroperasi dengan 2 pedal sahaja iaitu pedal minyak dan pedal brek. Semua operasi penukaran penukaran gear akan dilakukan oleh mekanisma fluid coupling dan juga sistem klac basah. Jadi pemandu boleh merehatkan kaki kiri, mengurangkan kelesuan pada pemandu dan sangat sesuai digunakan di dalam bandar

Gambar dari web Isuzu Malaysia

Jika dibandingkan dengan versi manual yang hanya menawarkan 5 ratio gear, varian Smoother ini ditawarkan dengan 6 ratio kelajuan automatik mengurangkan penggunaan disel dan menjimatkan kos operasi pada operator. Sistem ini akan menukar gear pada masa yang tepat dan cara yang tepat dengan bantuan sistem TCU transmisi dan ECU enjin yang sentiasa berhubung

Hasilnya ialah ia akan memanjangkan jangka hayat sistem klac, mengurangkan masa lori tersadai di bengkel, dan pihak operator boleh memaksimakan penggunaan lori bagi membawa barangan perniagaan. Nak lagi jimat terdapat satu butang ECO yang dipasang berdekatan dengan tombol gear. Apabila diaktifkan ia akan menjimatkan lagi penggunaan disel sebanyak 10% lagi.

Gambar dari web Isuzu Malaysia

Sama seperti gear kereta, pemandu boleh memilih untuk menggunakan kaedah penukaran gear secara automatik dengan meletakkan tombol gear pada kedudukan D ataupun memilih untuk mengoperasikan gear secara manual melalui pilihan gear + / – . Namun sistem TCU akan menghalang pemandu dari menukar gear secara agresif sehingga menyebabkan kerosakan pada sistem.

Untuk pengetahuan pembaca, kebanyakan lori akan memulakan perjalanan dengan menggunakan gear 2 berbanding dengan gear 1. Namun untuk menggunakan gear 2 ketika muatan barang penuh bukanlah satu tindakan yang bijak. Jadi Isuzu memperkenalkan satu fungsi “1st Start Button” pada tombol gear. Jika ditekan, ia akan menyebabkan transmisi memilih gear 1 untuk memulakan perjalanan terutama selepas berhenti di laluan mendaki

Google ads
Back to top button