Artikel Pilihan

SUBARU LANCARKAN FORESTER GT EDITION 2020 DI SINGAPORE MOTOR SHOW

Subaru memulakan hari pertama Singapore Motor Show tahun ini dengan melancarkan Subaru Forester  GT Edition dan Forester E-Boxer. Ia merupakan model yang dinaiktaraf khusus untuk tahun 2020.

Forester GT Edition merupakan hasil buah tangan Masahiko Jack Kobayashi dari Giken Co. Ltd yang sebelum ini turut membantu dalam menghasilkan Subaru XV GT Edition. Kebanyakan naik taraf GT Edition ini berkisar kepada komponen aero di mana in kini dilengkapi dengan spoiler dan skirting depan belakang rekaan khas untuk model ini.

Satu lagi model yang diperkenalkan untuk tahun 2020 ini ialah Forester E-Boxer sebuah kenderaan mild-hibrid yang mampu menjimatkan bahan api dan memberikan tambahan kuasa sebanyak 3 hp.

Berbeza dari model hibrid penuh lain, Forester ini langsung tidak menampakkan ianya sebagai sebuah model hibrid selain beberapa lencana di sisi kiri, kanan dan belakang badan. Malah ruang enjinnya juga kelihatan sama seperti model lain cuma turut dihiasi dengan logo E-Boxer pada bahagian pelindung enjin. Baterinya juga disorokkan bahagian belakang dan kuasa hibridnya akna membantu bila diperlukan.

Selain daripada itu, Forester E-Boxer turut akan dibekalkan dengan sistem keselamatan EyeSight Driver Assist Technology yang merangkumi Pre-Collison Braking, Pre-Collision Throttle Management, Adaptive Cruise Control, Lead Vehicle Start Alert, Lane Departure Warning dan Lane Sway Warning.

Kami sempat menguji sistem keselamatan tersebut dan ianya memang satu langkah yang yang wajar dipuji dalam usaha menjadikan pemanduan kita semua lebih selamat di atas jalna raya.

Satu lagi ciri menarik pada kedua varian ini ialah keduanya turut dilengkapi dengan sistem infotainment bersaiz 8 inci lengkap dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Around View Monitor 360-darjah yang memberikan pandangan yang lebih baik sewaktu memakir kenderaan.

Model E-Boxer bagaimanapun mungkin tidak dipasarkan di Malaysia kerana untuk menikmati insentif EEV, sesebuah kenderaan hibrid itu mesti dipasang di Malaysia dan buat masa ini E-Boxer akan diimport dari Jepun ataupun Thailand.

Google ads
Back to top button