
MALAYSIA, INDIA DAN AUSTRALIA ANTARA NEGARA BAKAL JADI PUSAT PEMBUANGAN KERETA BERKUASA PETROL
Dua abad yang lalu, Australia adalah tempat pembuangan penjenayah British dan Ireland, lebih daripada 160,000 daripadanya telah dihantar ke Down Under sebelum bot banduan terakhir berlabuh pada Januari 1868.
Tetapi kini Australia, bersama-sama dengan Rusia, Turki, Afrika Selatan, India dan beberapa negara lain, diberi amaran bahawa keengganannya untuk beralih kepada kereta elektrik boleh menyebabkan ia menjadi ‘rumah’ bagi kereta yang mempunyai pencemaran tinggi.
Carbon Tracker mengatakan bahawa apabila China, Eropah dan Amerika Utara membawa peraturan lebih ketat atau memaksa pemandu beralih ke EV, ia dilihat banyak perkara perlu dibuang.

Tambahnya lagi, pembuat kereta boleh bergantung pada negara mempunyai sasaran penyahkarbonan yang lemah untuk dijadikan sebagai lokasi bagi melepaskan kereta berteknologi lama.
Antara negara bakal jadi ‘tong sampah’ kepada negara yang aktif beralih kepada elektrikfikasi ialah India, Australia, Thailand, Turki, Indonesia, Malaysia, Rusia dan Afrika Selatan.
Laporan itu mencadangkan bahawa negara tanpa rancangan untuk menamatkan penjualan kenderaan petrol bukan sahaja gagal menyumbang kepada mengurangkan perubahan iklim tetapi boleh merugikan mereka dari segi kewangan.
Sehubungan itu, Carbon Tracker mengesyorkan bahawa kerajaan di wilayah tersebut membantu mempercepatkan peralihan dengan memperkenalkan had pelepasan lebih ketat serta mengehadkan import kereta terpakai.
- BACA: HYUNDAI, KIA SEDIA TINGKAT PENGELUARAN EV – PERMINTAAN MASIH KUKUH
- BACA: MENTERI HAL EHWAL EKONOMI INDONESIA GESA PENGELUAR KERETA JEPUN LANCAR LEBIH BANYAK EV
- BACA: HARGA EV MASIH TERLALU MAHAL – MINAT TAK SEMESTINYA MEMILIKI
- BACA: KEKURANGAN MOTOR ELEKTRIK, VOLKSWAGEN HENTI BEBERAPA PENGELUARAN MODEL EV