Buletin

‘GO FAR WITH ZERO WORRIES’ – IONIQ 5 JELAJAH LIMA NEGARA ASEAN, PERJALANAN SEJAUH 2,751KM

Hyundai baru-baru ini menganjurkan ‘Go Far with Zero Worries’ IONIQ 5 ASEAN Tour, melibatkan perjalanan sejauh 2,751 kilometer dan merentasi lima buah negara Asia Tenggara.

Konvoi bermula di Hyundai Motor Group Innovation Center Singapore (HMGICS) pada 20 November dan bakal berakhir di Vietnam pada 30 November, bertempat di Ho Chi Minh City’s Royal Palace.

Untuk rekod, konvoi ini membabitkan tiga model IONIQ 5 dari HMGICS, dua dari Hyundai Motor Manufacturing Indonesia (HMMI) dan disertai oleh 24 peserta.

Sepanjang konvoi, 24 peserta berkenaan bakal menjelajah serta melawati beberapa tempatan menarik antaranya Penang Heritage Walk di Malaysia, Bangkok (Thailand), Angkor Wat serta Bayon Temple di Kemboja.

Menurutnya, kempen ini adalah bertujuan untuk menguji ketahanan, kebolehpercayaan, keupayaan dalam perjalanan jarak jauh melalui kenderaan tenaga baharu, IONIQ 5.

“Aspirasi kami sepanjang perjalanan ini adalah untuk menunjukkan Hyundai Ioniq 5 sebuah EV yang boleh dipercayai, mesra alam dan berkeupayaan untuk membuat perjalanan jarak jauh.

“Selain itu, konvoi ini juga bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan pelanggan terhadap EV,” kata Presiden HQ Hyundai Motor ASEAN, Youngtack Lee.

Google ads
Back to top button