BuletinMotosikal

MARC MÁRQUEZ TAMBAH 4 TAHUN KONTRAK BERSAMA HONDA RACING CORP.!

Beberapa minggu sebelum ini dunia perlumbaan MotoGP hangat diberitakan mengenai susunan pelumba pasukan Yamaha. Bagaimana pula dengan pasukan jagoan Honda?

Honda Racing Corporation (HRC) baru saja mengumumkan satu perjanjian dengan Marc Márquez yang bakal menyambung kontrak bersama Pasukan Repsol Honda selama empat tahun bermula 2021.

Kontrak baharu itu menyaksikan hubungan yang lama di antara kedua-dua pihak.

Menurut Presiden Honda Racing Corporation, Yoshishige Nomura, perbincangan di antara mereka telah dimulakan beberapa bulan lalu.

Ternyata Marc Márquez adalah seorang pelumba yang penting untuk Honda.

Pelumba yang berusia 27 tahun dan berasal dari Sepanyol itu mula bersaing dalam kategori MotoGP pada 2013 dengan menunggang RC213V untuk pasukan pengeluar Honda Repsol.

Pada tahun yang sama beliau dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP termuda dalam sejarah. Beliau sekali menjadi juara pada 2014.

Marc Márquez gagal untuk mencatatkan hatrik pada tahun berikutnya namun berjaya menebus kembali pada 2016 dan mengumpul empat kejuaraan dunia.

Beliau turut mencatatkan beberapa rekod di dalam MotoGP seperti 62 kali menduduki petak utama (pole) dan 56 kali juara yang merupakan tiga terbanyak dalam sejarah MotoGP.

Berikut ialah ringkasan biodata dan kejayaan Marc Márquez:

Tarikh lahir : 17 Februari 1993

Tempat lahir: Sepanyol

Pencapaian

  • 2008 – Penampilan pertama dalam Grand Prix Dunia, kelas 125cc tempat ke-15
  • 2009 – Tempat kelapan kelas 125cc
  • 2010 – Juara kelas 125cc
  • 2011 – Naib juara kelas Moto2
  • 2012 – Juara kelas Moto2
  • 2013 – Juara MotoGP
  • 2014 – Juara MotoGP
  • 2015 – Tempat ketiga MotoGP
  • 2016 – Juara MotoGP
  • 2017 – Juara MotoGP
  • 2018 – Juara MotoGP
  • 2019 – Juara MotoGP

Google ads
Back to top button