Buletin

TUNE PROTECT JALIN KERJASAMA DENGAN SALAMAIR. BERI KETENANGAN MINDA SEPANJANG PERJALANAN

Tune Protect Commercial Brokerage LLC (Tune Protect EMEIA) mengumumkan usahasama dengan SalamAir, penerbangan tambang rendah pertama dari Oman yang menawarkan para penumpang pelbagai faedah perlindungan perjalanan untuk memenuhi semua keperluan mereka. 

Pengumuman ini tepat pada masanya dan bersesuaian dengan strategi pertumbuhan syarikat untuk meluaskan saluran pengedaran dan meningkatkan capaian mereka melalui produk-produk yang bertumpu kepada pelanggan dan rakan kongsi.

Produk-produk perlindungan perjalanan itu direka khas untuk para penumpang SalamAir.

Ia menawarkan pelbagai manfaat seperti Manfaat Kemalangan Peribadi, Manfaat Perubatan dan manfaat, Elaun Hospital, Manfaat Pemindahan Perubatan Kecemasan dan Penghantaran Balik Ke Negara Asal, Manfaat Kesulitan Dalam Perjalanan dan Manfaat Lain Berkaitan Perjalanan dan banyak lagi.

“Melalui usah sama ini, para penumpang dari rantau EMEIA (Eropah, Timur Tengah, India dan Afrika) akan menikmati pengalaman pelanggan yang istimewa ditawarkan oleh syarikat penerbangan ini. Selain pilihan bagasi tambahan, pemilihan kerusi dan makanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dari Tune Protect Group, Khoo Ai Lin.

Pengurus Besar Tune Protect EMEIA, Arijit Munshi menyatakan pihaknya amat teruja untuk bekerjasama dengan SalamAir. “Ini kerana kami percaya bahawa kami berkongsi kesungguhan yang sama untuk memberi para pelanggan ketenangan fikiran sepanjang perjalanan, sama ada untuk perniagaan, bergembira bersama keluarga atau mengembara bersama rakan-rakan. 

“SalamAir kini berada dalam fasa pertumbuhan yang paling menarik. Saya pasti teknologi yang disediakan oleh Tune Protect EMEIA akan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan program perlindungan perjalanan di seluruh rangkaiannya,” kata Munshi. 

SalamAir kini mengendalikan tiga pesawat Airbus A320 dan lima pesawat Airbus A320Neo. Ini menjadikannya penerbangan Oman pertama yang menggunakan pesawat satu lorong dengan penarafan tinggi. 

SalamAir menawarkan penerbangan ke pelbagai destinasi domestik termasuklah ke Muscat, Salalah, Sohar dan destinasi antarabangsa iaitu ke Abu Dhabi, Dubai, Bahrain, Kuwait, Doha, Jeddah, Riyadh, Dammam, Tehran, Shiraz, Istanbul, Alexandria, Khartoum, Multan, Sialkot, Karachi, Dhaka, Chattogram, Kathmandu, Colombo dan Phuket.

Mazda CX30

Maklumat lanjut, layari laman web https://www.tuneprotect.com/ dan https://www.salamair.com

Tags
Google ads
Back to top button