Buletin

HONDA KOMAME – INI MESIN BAJAK TANAH MINI KAN?

Dengan saiz jualan kereta penumpang sekarang, Honda sememangnya tidak dapat menyaingi tiga gergasi automotif terbesar dunia iaitu Kumpulan Volkswagen, Toyota Motor Co. dan Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Namun satu perkara yang harus diketahui apabila Honda tidak hanya mengeluarkan kereta penumpang tetapi pelbagai jenis enjin daripada penjana (generator), bot sehingga kapal terbang.

Pada 2014, Honda berjaya menghasilkan dan memasarkan lebih 27 juta enjin di serata dunia untuk pelbagai jenis pengangkutan dan peralatan seharian.

Di antara mesin unik yang dihasilkan Honda ialah pembajak tanah dengan model pertama F200 yang mula dijual pada tahun 1980.

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana reka bentuknya yang mudah digunakan dan popular untuk penanaman sayuran dan kebun persendirian.

Mesin pembajak itu terus menerima sokongan dan digunakan sebagai perkakasan hobi untuk kebun dapur dan jualan di Jepun sahaja sudah mencecah 500,000 unit.

Pembajak itu tidak hanya popular di Jepun tetapi juga Eropah, Amerika dan Asian.Bagi meraikan mesin itu, Honda akan memperkenalkan Komame 40th Anniversary Model sempena ulang tahun ke-40 pelancarannya.

Model istimewa itu kekal pada harga asal dan ia dibezakan dengan logo 40 tahun pada pelindung atas dan fender. Turut dilengkapi ialah roda supaya mudah untuk ditolak dan ditarik.

Honda mensasarkan untuk menjual 5,000 unit Komame setahun dan ia ditawarkan melalui dua varian iaitu F220 K1 JT4 (rotor standard) dan F220 K1 JAS4 (rotor DX). 

Kedua-duanya dijual pada harga JPY109,780 (RM4,131) dan JPY120,780 (RM4,545).

BACA: PADA 2001 HONDA INTEGRA iS DIPERKENAL (BUKAN TYPE R)

Berikut ialah spesifikasi Honda Komame:

Nama

Common F220 K1

Model

JT4

JAS4

Panjang keseluruhan (mm)

1,115

Lebar keseluruhan (mm)

585

540 (600) * 3

Tinggi keseluruhan <ketinggian pemegang> (mm)

975 <935>

975 <935>

     

Enjin

GXV57T

Jenis enjin

Sejukan udara 4-lejang silinder tunggal OHV

Sesaran (cm3)

57.3

Output berterusan / rpm (kW [PS] / rpm)

1.0 [1.4] / 4,000

Output maksimum enjin/ rpm (kW [PS] / rpm)

1.5 [2.0] / 4,800

Jenis bahan api

Minyak tanpa plumbum untuk kenderaan

Kapasiti tangki minyak (L)

0.67

Kaedah pencucuhan

Transistor-type magneto

Kaedah penghidup

Recoil starter (manual)

Jumlah gear

Advance 1

     

Diameter cakar (claw) (mm)

280

280

Kelajuan rotor (rpm)

123 (kelajuan enjin: 4,000 rpm)

BACA: HONDA S660 DAN S660 MODULO X 2020, COMEL SEPERTI BIASA

BACA: HONDA FIT (JAZZ) MODULO X CONCEPT DI TAS 2020

Kredit foto: Honda

Google ads
Back to top button