
MAZDA MX-5 MIATA RS, BAKAL JADI KENYATAAN
Selain daripada Toyota, Mazda juga telah membuat kejutan di Tokyo Auto Salon 2024 dengan memberikan beberapa pentunjuk membayangkan kemunculan semula enjin rotari yang bakal digunakan pada kereta sport mereka.
Tapi pada masa yang sama, Mazda turut menayangkan 2 buah kereta konsep di bawah payung Mazda Spirit Racing iaitu Mazda 3 Liftback dan juga Mazda MX-5 Miata di Tokyo Auto Salon 2024. Tapi apa yang lebih penting ialah kedua dua model konsep ini akan dihasilkan dan dijual oleh Mazda
Di bawah jenama Mazda Spirit Racing, kedua dua model ini dijenamakan sebagai Mazda Spirit Racing RS dan Mazda Spirit Racing 3. Walaupun kedua dua model konsep ini diasaskan daripada model Mazda Miata MX-5 dan Mazda 3 Liftback, terdapat beberapa peralatan tambahan yang sedang dalam pembangunan akan ditambah nanti

Fokus utama Mazda Spirit Racing ialah menghasilkan jentera khusus untuk kegunaan litar perlumbaa dengan penambaikan dibuat pada aerodinamik dan juga sistem suspensi berdasarkan maklumbalas dan data yang diperolehi daripada penglibatan perlumbaan Super Taikyu Series
Selain daripada itu, perubahan kosmertik juga akan diberikan pada bahagian luar dan dalam pada kedua dua model, tapi sayangnya ia tidak akan menerima pertambahan kuasa. Sebelum ini Program Manager MX-5 memberi bayangan yang Mazda akan menghasilkan varian istimewa Miata MX-5
Kedua dua model konsep ini menggunakan logo Mazda Spirit Racing, rim aloi Rays dan juga tayar daripada jenama Bridgestone Potenza. Berdasarkan varian ND3, Miata ini turut menerima kusyen semi bucket Recaro, lengkap dengan tali pinggang keselamatan perlumbaan, stering balutan Alcantara dengan penanda pada pukul 12.

Kemasan luar Miata ini juga menerima perekat, tip ekzos yang lebih besar, brek daripada jenama Brembo dan logo kemasan hitam. Mazda 3 pula menerima splitter depan yang besar, side skirt rekaan baru dan spoiler yang dihasilkan daripda gentian karbom.
Ia turut menerima tip ekzos besar, logo Mazda htam, brek jenama Brembo dan direndahkan sedikit berbanding varian asal dengan memasang penyerap hentak perlumbaan. Ruang kabin pula menerima kusyen Recaro, jahitan merah pada fabrik dan juga balutan Alcantara.