Buletin

SMART MALAYSIA KEMASKINI APLIKASI HELLO SMART, TAWAR PERADUAN UNTUK PEMINAT

Sejak dilancarkan pada 21 November 2023, smart Malaysia telah mencatatkan kejayaan apabila merekodkan sebanyak 200 unit pendaftaran untuk smart #1.

Sehubungan itu, smart Malaysia baru-baru ini mengumumkan penambahbaikan Aplikasi Hello Smart, memberikan pengguna pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan mudah.

Aplikasi yang dikemas kini sekarang memudahkan pembayaran dengan kad debit atau kredit, membolehkan pemilik membayar dan mengecaj kenderaan mereka, atau membeli data internet dalam kereta secara langsung melalui aplikasi.

Untuk rekod, harga data internet adalah pada RM8 untuk 1GB, RM21 untuk 3GB dan RM30 untuk 5GB.

Ciri-ciri utama dalam Aplikasi Hello smart ialah peta pengecasan terintegrasi, memberikan akses kepada 70 peratus stesen pengecasan awam di seluruh negara selain, memudahkan proses permohonan pinjaman, menetapkan piawai baharu untuk pemilikan EV yang lebih mudah diakses.

Untuk menikmati ciri-ciri unik ini, anda boleh muat turun Aplikasi Hello smart di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.

Untuk menambahkan lagi keterujaan, smart Malaysia memperkenalkan peluang eksklusif kepada semua peminat.

Sertai peraduan media sosial ‘The Lóng龙 Drive’ dan anda berpeluang menjadi pemenang bertuah yang akan ke Melaka dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya serta merebut pelbagai hadiah menarik lain, termasuk TnG e-wallet bernilai sehingga RM200 dan paket Angpao smart Edisi Terhad.

Penyertaannya sangat mudah – anda hanya perlu berkongsi destinasi tempatan impian anda secara kreatif di bahagian komen peraduan Facebook atau Instagram The Lóng龙 Drive.

Untuk maklumat terperinci mengenai peraduan, sila layari laman Facebook dan Instagram smart Malaysia atau kunjungi Aplikasi Hello smart.

Google ads
Back to top button