Buletin

MITSUBISHI MIRAGE 2020 TERIMA WAJAH DYNAMIC SHIELD. ENJIN SAMA 1.2L N/A 78HP

Mitsubishi dilapor baru sahaja mendedahkan model kompak Mirage yang telah ditambah baik di Thailand.

Mirage menjadi model terakhir Mitsubishi yang menerima wajah Dynamic Shield, bersama lampu utama LED yang lebih bersegi, bampar besar dan kemasan krom yang jelas membezakannya dengan model terdahulu.  

Model kompak segmen A yang sudah berusia itu juga didatangkan dengan dua warna baharu iaitu kuning dan putih.

Selain wajah Dunamic Shield, jentera itu turut dipasang dengan rim bersaiz 15 inci. Di bahagian belakang, perubahan tidaklah terlalu ketara kecuali penggunaan lampu LED.

Di ruang kabin, Mirage kini dilengkapi sistem infohibur dengan skrin sentuh dikenali sebagai Smartphone Display Audio (SDA) bersaiz 7 inci bersama ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Mitsubishi menambah baik ruang tersebut dengan jahitan benang berwarna putih pada tempat duduk.

Tidak ketinggalan, kemasan gentian karbon pada paparan meter instrumen dan perumah suis tingkap. Perehat tangan pula direka semula dengan kemasan fabrik lembut agar lebih selesa.

Mirage bagaimanapun masih menggunakan enjin yang sama iaitu 1.2 liter petrol yang mampu menjana kuasa 78hp dan tork 100Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT atau manual lima kelajuan.

Selain Mirage, model kembar sedannya Attrage juga bakal menerima penambahbaikan sama. Kedua-dua jentera itu akan dipertontonkan kepada umum pada acara Thailand Motor Show hujung bulan ini.

Mazda CX30

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button