,
Buletin

BERITA TAK TERKEJUT LANGSUNG. TOYOTA MENANG LAGI INDEKS KEPUASAN PENGGUNA

Kereta-kereta Toyota mungkin tak menjanjikan spesifikasi yang mengagumkan dengan istilah yang habis akronim nak menyebutnya. Tapi kereta Toyota menjanjikan ianya sebuah kereta yang lasak dan boleh dipandu berjuta kilometer tanpa masalah.

Consumer Report, agensi penilaian bebas di Amerika baru-baru ini telah  mengeluarkan laporan tinjauan kebolehpercayaan kereta bagi tahun 2019. Seperti yang dijangka, 10 kedudukan teratas tahun ini, dimonopoli jenama kereta Jepun diikuti Korea Selatan memenangi.

Kenderaan Lexus dari kumpulan Toyota sekali lagi menang di tempat pertama, malah Toyota sendiri, berada di kedudukan ketiga.

Dari kedudukan tahun ini, Lexus telah menjadi jenama kereta yang paling boleh dipercayai dengan skor ultra tinggi 81 mata. Ia juga satu-satunya jenama kereta dengan skor lebih daripada 80 mata dan model yang paling dipercayai pengguna di sana ialah Lexus IS.

Tempat kedua disandang Mazda dan meskipun Mazda menjual banyak XUV berbanding pengeluar lain, model paling dipercayai mereka bukanlah CX-3, CX-5, CX-30, CX-9, CX-90 CX-900 atau CX-50000 mereka.

Ia adalah Mazda MX-5 Miata!

Sementara itu di tempat ketiga yang berkongsi indeks 77 mata bersama Mazda ialah Toyota menerusi model model Corolla hatchback.

Di tempat keempat ialah jenama dari Jerman dan satu-satunya jenama Jerman yang berada dalam senarai 10 terbaik. Ia bukan Mercedes, jauh sekali BMW, Volkswagen atau Audi. Vauxhall pun bukan.

Ia adalah Porsche!

Ya.. Porsche adalah kereta Eropah yang boleh diharapkan. Model yang mendapat skor 75 mata itu ialah Cayenne.

Berikut ialah senarai keseluruhan kereta-kereta yang dikeluarkan oleh Consumer Reports.

Tags
Google ads
Back to top button