
ACER LANCAR SWIFT 5 ULTRA RINGAN 14” – 4 VARIAN, BERMULA RM3,699 SEUNIT
Acer Malaysia hari ini melancarkan generasi masa depan Acer Swift 5 yang sangat popular dan ultra ringan. Ia diperkasa oleh pemproses terkini generasi ke-10 Intel® Core™ dan sehingga NVIDIA® GeForce® MX250.
Direka elegan untuk prestasi komputer riba yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja, Acer Swift 5 ialah komputer riba bersaiz 14” yang ultra ringan, hanya 990 gram.
Chasisnya diperbuat daripada aloi magnesium yang didatangkan dengan pilihan grafik Intel® Iris® Plus atau NVIDIA® GeForce® MX250. Ini memastikan ia lebih mudah alih dan prestasi disatukan tanpa berkompromi dengan mana-mana aspek.

Acer baru-baru ini diisytiharkan sebagai penerima Anugerah Inovasi CES atas pembangunan inovatif baharu menerusi 3 produk Acer. Acer Swift 5 adalah satu daripada produk yang dicalonkan atas reka bentuk kejuruteraan yang hebat.
Anugerah itu dinilai berdasarkan markah terhadap inovasi, kualiti kejuruteraan, estetika dan reka bentuk di dalam kategori perkakasan komputer, komponen, peranti persisian dan aksesori.
“Kami berbangga dapat menawarkan komputer riba yang ditambah baik, lebih elegan, mudah dibawa dan berkuasa kepada rakyat Malaysia.
“Acer Swift 5 baharu ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada semua, malah ia dilengkapi hadir dengan gayaan minimalis,’’ kata Pengarah Perniagaan Konsumer, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet.

Untuk meraikan kehadiran model ini di Malaysia, Acer Swift 5 serba baharu ini akan dipasang dengan Microsoft Home & Student 2019 bernilai RM529 dan lesen ini kekal atau sah selama jangka hayat peranti ini!
Komputer riba 14” HD sepenuhnya ini didatangkan dengan sudut pandangan luas sehingga 170 darjah pada tiga penjuru ultra-nipis bezel di IPS paparan sentuh bersaiz 3.97mm.
Ia memiliki nisbah kepada badan paparan yang tinggi sebanyak 86.4%. Ia juga didatangkan dengan sambungan USB3.1 Type-C terbaharu yang menyokong Thunderbolt™ dan hayat bateri 11 jam apabila dicas penuh.
Keupayaan pengecasan pantas memberi 4.5 jam penggunaan selepas hanya dicaj selama 30 minit bagi menyokong keperluan kerap pengguna yang sentiasa bergerak.

Acer Swift 5 dengan pemproses Intel® Core™ i7 bersama grafik Intel® Iris® Plus, 16GB sokongan LPDDR4X RAM dan 512GB SSD ditawarkan pada harga RM4,699. Varian ini boleh didapati dalam warna biru (Charcoal Blue).
Para pengguna yang mahukan sedikit lebih lagi kuasa grafik di dalam Acer Swift 5 boleh memilih varian Intel® Core™ i5 dengan NVIDIA® GeForce® MX250, 8GB sokongan LPDDR4 RAM dan 512GB SSD yang berharga RM3,999 dan hanya berwarna putih (Moonstone White).
Sementara itu, varian pemproses Intel® Core™ i5 didatangkan dengan grafik Intel® UHD, sokongan 8GB LPDDR4 RAM dan 512GB SSD yang ditawarkan pada harga RM3,699 dalam warna biru dan putih.
Acer Swift 5 boleh didapati mulai sekarang di semua Acer Concept Stores, stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer.
Terdapat juga promosi di mana lima unit model ini yang dibeli di stor tersebut akan menerima MI True Wireless Earbud Basic bernilai RM99.
- BACA: ACER MALAYSIA LANCAR ASPIRE 3 & 5, MONITOR MUDAH ALIH SEMPENA ACARA ACER DAY 2019
- BACA: ACER LANCAR RANGKAIAN KOMPUTER MEJA PREDATOR ORION & MONITOR PERMAINAN VIDEO 2019
- BACA: ACER SWIFT 7 & ACER SPIN 3 2019 – KOMPUTER RIBA IDEAL UNTUK ANDA
- BACA: ACER DEDAHKAN TEKNOLOGI KENDERAAN PANDU SENDIRI
GALERI