Buletin

MITSUBISHI TRITON FACELIFT DILANCARKAN. BERMULA RM100K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini telah melancarkan pikap mereka yang popular – Triton dengan wajah baru. Jika sebelum ini, ramai yang “menyalin” muka hadapan Triton dengan facelift Pajero, kini dah tak perlu lagi.

“Muka” hadapan Triton baru ini telah berubah sepenuhnya.

BACA: KLIMS 2018, MITSUBISHI TRITON FACELIFT 2019

Selepas lebih 40 tahun menghasilkan trak, bermula pada tahun 1978, Mitsubishi sentiasa menambah baik setiap varian yang diperkenalkan.

Generasi yang paling menonjol ialah Triton generasi keempat yang digelar ramai sebagai pintu helikopter. Ia juga merubah cara pengeluar lain melihat trak pikap, bukan setakat kenderaan moiliti pengangkutan dan kargo sebaliknya sebagai kenderaan gayahidup.

Generasi kelima yang dilancarkan pada 2015 diperbaharui dengan enjin 2.4 Mivec generasi baru yang dibina menggunakan blok aluminium. Ia menghasilkan 181 kuasa kuda dan 430Nm tork dan disalurkan kepada transmisi enam kelajuan automatik.

Dengan konsep ‘Engineered Beyond Tough’, pasukan projek ini meletakkan matlamat untuk menyediakan sebuah kenderaan yang akan menepati trend semasa, lasak dan selamat. Selain mengguna sepenuhnya pengalaman 40 tahun di dalam membangunkan trak pikap yang tahan lasak, boleh diharap dan selesa, Mitsubishi mengamalkan empat teras di bawah konsep pembangunan ASure Handling iaitu: 4Sure Power; 4Sure Control; 4Sure Agility; 4Sure Safety.

4Sure Power: Triton serba baharu dikuasakan oleh enjin turbodiesel MIVEC 2.4 liter dengan blok aluminium untuk kecekapan dan prestasi optimum. Output besar sebanyak 181 PS kuasa dan 430 Nm kuasa kilas disalurkan ke empat roda menerusi transmisi automatik 6-kelajuan baharu juga telah ditambah bagi menambah baik kecekapan dan fleksibiliti pemanduan selain memberikan pertukaran gear yang lancar.

4Sure Control: Triton baharu ini dilengkapi dengan sistem Super-Select 4WD ll Mitsubishi Motor, dibangunkan daripada pengalaman berdekad-dekad di dalam pertandingan off-road seperti Rali Dakar.

Sistem pintar ini memberi cengkaman optimum dan pengendalian jitu pada semua jenis permukaan. Sistem Super-Select 4WD lI memiliki Mod Off-road baharu yang meningkatkan keupayaan pada permukaan off-road berbeza seperti jalan batu kelikir, lumpur/salji, pasir dan batu-batu. Apabila dihidupkan, Mod Off-road menguruskan kuasa enjin, transmisi dan brek untuk prestasi optimum di dalam pelbagai keadaan.

Di samping itu, Kawalan Turun Bukit (Hill Descent Control) secara automatik mengaplikasikan brek di permukaan cerun, membolehkan pemandu menumpu kepada mengemudi kenderaan.

4Sure Agility: Walaupun Triton ini bersaiz besar dan panjang, reka bentuk ikonik J-Line membolehkan pengendalian yang luar biasa, terutama radius pusingan yang terbaik di dalam kelasnya – 5.9 meter.

Ini membolehkan ia mempunyai ketangkasan di atas jalan selain boleh melepasi ruang sempit semasa off-road dan semasa parkir: Reka bentuk J-Line membolehkan pengendalian seumpamanya tanpa menjejaskan ruang kabin atau ruang barang.

4Sure Safety: Triton serba baharu ini mempunyai kerangka jenis ladder yang tinggi tahap keteguhan dan struktur keselamatan berimpak tinggi pada kabin bagi memberikan penumpang perlindungan sebaik mungkin semasa kemalangan.

Ini disokong oleh sistem keselamatan aktif berdaya maju dan bantuan pemandu yang merangkumi Forward Collision Mitigation (FCM), yang boleh mengesan kenderaan atau pejalan kaki di hadapan; Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW with LCA), yang membantu mengelak pelanggaran dengan kenderaan lain semasa menukar lorong dengan mengesan kenderaan di belakang atau pada suku belakang, dan memberi amaran kepada pemandu dengan bunyi lembut dan kelipan lampu pada cermin kiri atau kanan pintu.

Juga membantu meningkatkan keselamatan ialah Rear Cross Traffic Alert (RCTA) yang membantu mengelak pertembungan semasa mengundur dengan mengimbas ke semua kawasan.

Jika sebuah kenderaan dikesan mendekat, pemandu akan diberi amaran untuk mengambil Iangkah sepatutnya. Sama seperti sebelum ini, kamera di belakang juga dipasang bagi memberikan pandangan kawasan yang betul-betul di belakang kenderaan.

Sistem Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS) kini dipasang pada Triton bagi membantu mengurangkan kemalangan akibat daripada salah pecutan semasa bergerak atau mengundur di kawasan parkir atau ruang tertutup.

Sistem ini akan membunyikan buzzer dan memaparkan amaran jika pengimbas di hadapan atau belakang mengesan halangan. Output enjin akan secara automatik dikawal jika pemandu memecut secara tiba-tiba semasa situasi sedemikian.

Bagi kemudahan dan tambahan keselamatan, Triton serba baharu ini juga dipasang dengan sistem Auto High Beam. Apabila pengimbas mengesan kenderaan mendatang, ia secara automatik menukar suluhan lampu tinggi kepada yang rendah supaya tidak menyilau pandangan pemandu Iain. lni membolehkan suluhan lampu tinggi dipasang kerap bagi pencahayaan Iebih baik jalan raya pada waktu malam.

Triton serba baharu menggabungkan evolusi terbaharu bahasa reka bentuk Mitsubishi Motors Dynamic Shield. Wajah badan yang direka bentuk baharu ini adalah lebih bertenaga dengan garisan bonet Iebih tinggi dan rekaan lampu Iebih garang. Elemen lampu dan bamper menyumbang kepada imej Iebih perkasa di samping menambahkan rupa visual.

Bagi ruang kabin pula, pengayaan juga mengikuti tema ‘Engineered beyond Tough’, dengan aura sporty dan moden. Nilai kualiti tinggi juga dirasai dengan padanan lembut pada kerusi, tempat rehat tangan dan tuil brek parkir, disulam dengan dwi-jahitan untuk penampilan Iebih premium.

Di samping itu, ruang dalaman Triton baharu ini juga memiliki ciri tambahan iaitu Pengecas Telefon Pintar di belakang dan Kotak Simpanan selain Penyalur Udara dengan Lohong individu.

Triton baharu ini diimport ke Malaysia sebagai kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi Motors di Thailand. Ia adalah satu-satunya trak pikap (kategori sehingga 2.4 liter di dalam pasaran Malaysia) dengan waranti 200,000 km atau 5 tahun.

Berikut adalah harga bagi setiap varian Triton 2019.

  • TRITON ADVENTURE X – RM 135,200.00
  • TRITON AT PREMIUM – RM 118,600.00
  • TRITON MT PREMIUM – RM 112,500.00
  • TRITON AT – RM 105,990.00
  • TRITON MT – RM 100,200.00

GALERI

Google ads
Back to top button